Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Thursday, April 26, 2012

KERANA SABAR KINI KU TERSENYUM..

Tuhanku.. aku ingin menghibur dari dihibur.
aku ingin mengasihi dari dkasihi
aku ingin menyintai dari dicintai
kerna aku tahu dengan memberi aku akan menerima
dengan memaafkan aku akan dimaafkan
dengan cinta aku bangkit kembali dan dengan cinta aku hidup abadi
dan bermulalah untaian kata antara hati dan perasaan


Assalammualaikum wbt.. kerana da lama x menulis blog.. so anis fikir anis nak tulis something yg special cikit.. something yang anis rasa anis akan tersenyum bila memikirkannya..

Ya Allah..
kerana sabar kini ku tersenyum.. =)  Alhamdulillah... segalanya bukanlah seperti yang anis rancang dari mulanya tetapi ini semua takdir dari Illahi  yang menentukannya.. 

baiklah.. daripada anis membebel x tentu arah baiklah anis terus terang jer kat sini yang anis sangat bersyukur pada ALLAH kerana memudahkan segala urusan anis.. 

urusan Latihan Mengajar... 
kemudian menemukan anis dengan rakan-rakan guru di sekolah yang sangat baik..
pelajar-pelajar yang sangat2 baik dengan anis...  xbyk kerenah pon..sayang student2 anis... sangat2..
then anis pon bersyukur sbb rakan-rakan seperjuangan anis dari UTHM jugak ada bersama-sama anis di saat senang ataupun susah..
dekat dengan keluarga anis di kampung.. 
dan dipertemukan dengan orang yang anis hormati (^_^)
alhamdulillah...kerananya kini aku lebih bersyukur..

bila dikenang kembali saat-saat sebelum anis praktikal.. banyak sangat-sangat dugaan anis.. daripada elok-elok dapat tempat praktikal then katenya kena pindah la.. kemungkinan pegi teknik airport la... maybe di kuantan la...tp kerana takdir anis di praktikalkan di smv kemaman..dan ternyata ada hikmat yang luas disebalik kesusahan anis sebelum ini..

dan sekarang tempoh praktikal pon da xlama lagi abis..  apa-apa pon yang anis sayang dan anis mahukan sentiasa dalam doa anis walaupun suatu hari nanti ia akan jauh dari anis..harapnya seketika,..

okelah... yang anis nak sampaikan adalah keserasian pada diri anis dengan sesuatu yang indah.. =) oke... i will mention it (indah)
indah di mata.. indah di hati.. indah di fikiran.. n anis yakin semua orang mahukan yang indah.. tetapi indah adalah sesuatu yang subjektif.. so x dapat di nilai  ataupun diukur.. jadi dapatkan keserasian diri dengan sesuatu yang indah tersebut insyaAllah kebahagian yang diimpikan akan dikecapi..

Alhamdulillah banyak perkara yang indah serasi di hati anis ada sepanjang musim praktikal kerana sabar kini ku tersenyum... (^_^)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap