PERTEMUAN ADAM DAN HAWA
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut sambil terpesona memperhatikan
kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring,
tak jauh di depannya. Adam terjaga....! Ia seolah tak percaya pada penglihatannya
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu
Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan,
kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian,
keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga,
yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian,
dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan
kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya.
Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk
insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya.
Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.
Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam
“Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu,
dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak.
Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang
Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!”Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa.
SEBALIK KISAH ADAM DAN HAWA
Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan.
Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta.
No comments:
Post a Comment
tq..i will give u feedback soon