Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Thursday, September 17, 2009

Rumahku Syurgaku


Hadis :
Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: " Apabila kamu eah menunaikan solat wajib di masjid, maka kerjakanlah pula solat sunat di rumah, kerana dengan itu Allah S.W.T akan menjadikan rumah itu bahagia.

Huraian :
1. Rumahku Syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar dan boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta perlaksanaan ibadah yang membawa kepada ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. Akidah serta hubungan yang baik antara anggota keluarga akan membawa kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.

2. Ada beberapa tempat jika kita melakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang yang lebih besar berbanding dengan melakukan ibadah di tempat lain.
contohnya solat di Masjidil Haram berumpamaan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi pula setara dengan solat seribu kali di tempat lain. Manakala solat di Masjid Al-Aqsa setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid ialah solat wajib. Manakala, solat sunat di lakukan di rumah.

3. Waktu dirumah harus dilakukan dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabungan isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka kuatlah sesebuah masyarakat itu.

No comments:

Post a Comment

tq..i will give u feedback soon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap