assalamualaikum wbt..
celoteh si gadis yang tenang apabila bermulanya cuti sem.. =D
alhamdulillah akhirnya berakhir jugak suatu penantian. Allah sahaja yang tahu betapa strugglenya aku untuk hadapi sem 6 ini.. belajar dan terus belajar..
BERJALAN-JALAN??
nope..yess!! sangat-sangat banyaknyer berjalan.. kalau ada rakan-rakan yang miliki fb anis.. boleh nampak la daripada album-album yang ada..tapi x der satu pon yang memang betul2 untuk berjalan... that all about task..assignment yang betul-betul mendidik aku menjadi manusia dalam menghadapi dunia luar..
walaubagaimana pun, itu bukanlah perkara yang anis nak celoteh di sini.. cuti 2 3 minggu ni anis bersama abah sahaja. yang lain ada, tapi sedang menjalani hidup mereka untuk disempurnakan.. alhamdulillah...
anis pon melayan la cerita-cerita indon yang ada.. banyak melayan perasaan. minggu lepas anis habiskan masa di kelantan. thanks to aini sam, aini ishak n of coz for baba'in.. cuz melayan rakan sorang nie..
kat sana anis ada beli beberapa naskah buku tuk dijadikan teman.. emm.. for woman n about love.. but trust me.. buku untukmu wanita dan la tahzan pastinya x akan membosankan..
mm.. sebut sal wanita nie..mmg kronik..x pelik sekiranya anis katakan disini rosaknya wanita pasti akan meruntuhkan institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. wanita boleh jadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.
namun, anis sendiri pon selalu kalah dengan tuntutan hati.. soal didikan agama. Alasan.. coz anis da cukup besar untuk mencarinya.. segalanya terpulang.. take it or leave it.. aduss... memang payah bila berada lam lingkungan 18-23 nie.. dugaan utk mengecapi kebahagiaan hakiki..
tinggal lagi setahun tuk habiskan masa di universiti.. soalnya bila pelajaran bercampur aduk dengan cinta... haaa.... camner 2?
ok laa... kat sini anis nak berkongsi cerita cikit... it's all about love..love...love...
ok.. kat sini anis nak story sal sorang gadis nie.. dia seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya.. soalnya sekarang gadis nie dalam kekeliruan untuk menerima seorang jejaka.. dia berkenalan dgn seorang jejeka tersebut melalui internet.. ternyata jejaka tersebut ikhlas sukakan gadis ini. tapi sampai bila mereka harus terus berhubung melalui internet? sedangkan perkenalan melalui internet merupakan perkara yang tersangat-sangat tak boleh dipercayai.. trust me... bukan 1 dalam 1000.. tapi 1 dalam 10,000 sahaja yang betul-betul rupa seindah khabar.. ramai lelaki yang hanya menutup kelemahan dan menunjukkan kebaikan kerana dunia internet hanyalah khayalan.. jadi gadis ini pon sedar akan hal ini.. dia tak percaya dengan kata-kata lelaki itu.. tapi perkanalan yang memakan masa yang lama itu sememangnya membenihkan harapan dan kasih dalam hati si gadis... chewahh.. ok... sekarang jejaka tersebut hendak meminang si gadis.. n si gadis yang hanya mampu mengikut kata-kata hati ini pon cuba mencari penyelesaian dengan menanyakan pendapat daripada hamba Allah yang lebih berpengalaman..
gadis yang cerdik adalah gadis yang mendengar suara hatinya dan peka atas kebimbangannya.. yelah.. kata hati patut dijadikan pelita dalam menerangi langkah hidup.. tapi kata hati berbaurkan nafsu sememangnya hanya membawa kepada kebinasaan.. jadi pendapat hamba Allah sorang nie menasihati gadis tersebut bertemu dengan jejaka ini..jalinkan hubungan kekeluargaan antara dua pihak.. dan buatlah solat istiqarah terlebih dahulu..
setelah itu.. si gadis pon buatlah solat istiqarah dan ternyata hatinya lebih dekat dengan lelaki itu.. si gadis ini pon x mampu menahan dosa dengan mendengar luahan cinta dari jejaka dan terus berhubung dengan internet sehingga perasaan itu tidak mampu dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di kiamat kelak..
masalahnya jejaka itu masih menuntut di luar negara dan masih memakan masa setahun untuk menghabiskan pelajarannya.. jadi gadis itu dinasihatkan agar kurangkan berhubung..dan doakan sahaja akan hubungan itu..kerana memanfaatkan masa dengan benda berfaedah ada baiknya daripada bingung dengan benda yang belom pasti.. renungkan ucapan Sayidina Ali r.a ini,
" Jika kamu memerlukan seseorang (tertumpu kepada satu orang), maka kamu akan menjadi tawanannya" jadi anis kasihan gadis tersebut..
mmm.... boleh percaya ker dengan hanya menunggu?? terpulang pada individu.. kerana Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambanya..dan si gadis pon meneruskan hidupnya dengan bermanfaat... kalau anis di tempat gadis itu.. pastinya anis x sekuat gadis tu.. yelah.. lagipon anis bukanlah cukup berhati-hati dalam menyusun kata dan perbuatan.. tapi hanya doa sahaja yang dapat anis kirimkan pada gadis tersebut..
kalau ditanya pendapat anis.. lelaki itu seperti betul-betul ikhlas mahukan gadis tersebut.. apa x nya... dengan aurat dijaga.. pergaulan pon dijaga..dan sentiasa takot dengan dosa yang dilakukan... tp itulah.. haruslah sentiasa berhati-hati.. dan percayalah cinta dalam hati itu merupakan suatu anugerah.. jangan dipersiakan bila anda sudah mendapatkannya.. dan jagalah perlakuan.. Insyallah.. cinta itu milik anda...
haa... kat bawah nie lagu yang anis suka dengar.. entahla kenapa.. chewah.. macam dapat merasai jer... huhuu.. k.. layan.. salam..