Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Tuesday, November 1, 2011

AYAH VS BOYFRIEND ???

Cubalah jadi wanita yang baik sekiranya mahukan yang pasangan yang baik.. sekiranya perkara ini ada dalam fikiran anda.. anis yakin anda adalah orang-orang yang baik  ^_^

sedarkah kaum adam bahawa wanita yang sayangkan agamanya mudah jatuh hati kepada lelaki yang boleh membetulkan, menasihat, dan mengingatkan kesilapan wanita..kerana itulah tanda lelaki itu bersungguh untuk bersama dengan wanita pilihannya samada di dunia dan di akhirat..

anis masih teringat akan nasihat seorang rakan anis.. dalam memilih pasangan hidup.. mungkin mata kita berkecenderung untuk memandang yang cool..bergaya..hensem.. berharta dan sebagainya sebagai pendamping..

tapi x rugi sekiranya kita memandang jauh sedikit untuk memilih lelaki yang baik untuk dijadikan ayah kepada anak-anak kita.. 

memang x dinafikan wanita mahukan lelaki yang cukup cool dalam menjaga hubungan..tapi cukup cool kah untuk dijadikan ayah??

jadi mulai sekarang.. anis sarankan bila memandang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup... pandanglah dia bukan semata-mata tiptop sebagai suami kita.. tapi tiptop sebagai ayah kepada anak-anak kita.. insyaAllah hubungan tersebut lebih bahagia dan diredhaiNya...

Amiin... ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap