Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Sunday, September 20, 2009

Di Hari Lebaran

Alhamdulillah setelah sebulan muslimin dan muslimat berpuasa sekarang tiba masanya untuk kita berhari raya. Kaum adam sibuk dengan mengemas halaman rumah manakala kaum hawa tidak berhenti menyediakan juadah di hari lebaran. ibubapa setia menanti kepulangan anak-anaknya tanpa rasa jemu. Begitulah situasinya apabila syawal tiba. kali ini aku terfikir sejenap. melihat abahku yang penat dan redha akan ketentuan illahi sedang tidur di atas tikar bersama adiknya iaitu bapa saudaraku. manakala aku bersama dengan kakak ku melayan diri dengan laptop masing-masing. malam ini aku tidur di hospital untuk menjaga nenekku yang sakit tenat.

sehari sebelum raya (19hb sept 09)
jam tiga pagi abahku mengejutku bangun dari tidur. dimintanya bersiap untuk pulang ke kampung kerana berita nenekku terkena penyakit stroke. nenek sebelah abahku sememangnya sudah pernah terkena akan penyakit itu. aku yang sememangnya susah untuk bangun dari tidur cuba membuka mata luas-luas. "innalillah" ujarku memberi respon tanda khuatir akan musibah yang melanda. hp abahku berbunyi lantas dilayaninya. aku yang sememangnya mengantuk berniat untuk bangun tapi tertidur lagi di atas sofa. jam 5 pagi abah mengejutku lagi dengan sabar. alhamdulillah aku da stabil sedikit ketika itu. ku lihat akan kegelisahan dari raut wajah abahku. lantas aku bangun untuk menyiapkan diri. "xpolah, ti pas subuh kito tolok deh adik. abah maye dulu lah. uda pon dop bangun2 agi" abahku senyum padaku.

jam 10.30 pagi aku,abah dan k.uda sampai di hospital besar zainab, kelantan. melihat nenekku sedang terbaring lemah di atas katil wad mahsuri. dengan kaki sebelahnya sudah tidak dapat bergerak , kulitnya ada kesan lebam kerana masalah darah dan statusnya koma. menurut doktor nenekku tidak perlu menjalani pembedahan kesan daripada pendarahan di dalam otak kerana sudah di tahap kritikal. abah mencium nenekku dan mengusap tangan nenekku sambil menangis. Ya Allah, melihat ibubapa ku menangis adalah mengundang seribu kesayuan dalam sanubariku.

Al Khaliq..sesungguhnya qada' dan qadar ini adalah ketentuanmu Al Aleem..sesungguhnya engkau sahaja yang maha mengetahuai hikmah dugaan ini
Al Qawi..kuatkanlah semangat abahku dan nenekku untuk terus menghadapinya
As Sabur..berikanlah kesabaran di hati ayahku
Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah
Amiin..


No comments:

Post a Comment

tq..i will give u feedback soon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap