Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Sunday, August 30, 2009



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu .. mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu .. andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu .. sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' .. tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri .. menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji .. "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" .. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu .. setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja .. di setiap kesempatan juga masa yang terluang .. alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU .. tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang .. mari kita meriahkan Ramadhan .. kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani .. menanti-nanti jemputan Izrail .. di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami .. jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami .. menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi .. semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui .. apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya .. yang mampu bagi seorang hamba itu .. hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya Al lah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin..... andai benar ini Ramadhan terakhir MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DI LAKUKAN

Saturday, May 23, 2009

Kisah terciptanya Hawa untuk Adam



PERTEMUAN ADAM DAN HAWA
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut sambil terpesona memperhatikan
kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring,
tak jauh di depannya.
Adam terjaga....! Ia seolah tak percaya pada penglihatannya

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu
Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan,
kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian,
keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga,
yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian,
dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan
kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya.
Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk
insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya.

Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.


PERCINTAAN ADAM DAN HAWA
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam
“Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu,
dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
“Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak.
Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang
Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!”Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

SEBALIK KISAH ADAM DAN HAWA

Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan.

Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta.

namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap