Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Wednesday, October 14, 2009

Renungi apa yang tersurat

Fahamilah apa yang tersirat.... Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur. Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri. Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci. Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati...... namun.... Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai. Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani. Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri. Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....

Saturday, October 3, 2009

Kisah Persahabatan Antara Lelaki n Perempuan

Seorang kawan dtg mencari… meluahkan isi hatinya… bahawa dia telah terjatuh hati pd seorang lelaki… katanya; pada awalnya dia masih mampu melawan perasaan itu… dibuangnya jauh-jauh supaya tiada maksiat di hati… supaya tiada angan kosong yang melalaikan… kerana dia seorang yang mahu menjaga dan memelihara hak hatinya pada hanya yg berhak… kagum sungguh saya padanya…

Saya sangat2 mengenalinya… dia seorang yg kuat dan sentiasa jelas dgn kehendak diri sendiri… dia seorang yg tak pernah lupa diri dan tak pernah pula kalah dengan mainan hati…. Tapi kali ini…. DIA TEWAS…. Setelah berusaha sekeras hati, sedaya mungkin…. Perasaan itu tidak pernah pergi… semakin cuba dilupakan, semakin perasaan itu datang merisik… “apa aku patut buat anis?” itulah soalannya pada saya…

Dia tahu persahabatannya dengan lelaki itu baik, tetapi mengapa perasaan yg lebih dr kawan itu datang menjengah? Ermm kawan saya tu sendiri tak punya jawapan… maka perlukah dia mengorak langkah menyusun kata meluah perasaan? Oh tidak~! Itu bukan cara terbaik pada saya. Dan soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya… tak terjawab rasanya… Katanya lagi; air mata sudah jadi teman setia setiap kali dia mengenangkan gelora hatinya… aku sangat2 mengasihanimu wahai teman… dapat kurasa sakitnya menahan perasaan yg tak terluah itu…

Menyukai seseorang itu lumrah alam… itu adalah ketentuan dan kemanisan yg ALLAH anugerahkan… maka andainya perasaan itu datang, ia datang bukan sbb kita yg mintak kan? itu adalah nikmat sebenarnya…Tetapi, dalam menjalani hidup2 seharian, hubungan lelaki dan perempuan ada batas2nya… dan apabila urusan hati menjadi mainan utama, maka tindakan segera perlu diambil agar kita tidak terleka… dalam kes kawan saya ni, dia tidak mahu bermain dengan hati dan perasaan… kerana itu, dia kepingin sekali mengetahui adakah lelaki itu jodohnya sehingga ALLAH mengujinya sehebat ini? Mengapa debarannya, perasaannya pada lelaki itu semakin menderanya? “jadi, apa arah yg aku kena tuju skarang ni anis?” tanya kawan saya tu lagi… Tak terduga, dia kini sudah hilang arah…. Dia yg saya kenal dari dulu bukanlah begini… Sebagai kawan, apa lagi yg dapat saya nasihatkan?

Pabila kita manusia dan hamba hina ini kehilangan arah, maka ke mana lagi harus kita pergi? Hanya padaNya… duhai teman, doa di atas ini adalah doa yg baik untuk kita pohon dan amalkan agar kita ditemukan dgn jodoh yang benar2 telah ALLAH tuliskan untuk kita… andainya si lelaki itu benar untukmu, maka pohonlah agar ALLAH memberi petanda yang jelas… mendekatkan kalian dengan cara yang baik, menyatukan hati kalian dengan jalan yang dianjurkan dalam agama kita… Dan andaikata dia bukan jodohmu, maka berdoalah agar ALLAH menenangkanmu… menjelaskan apa yang kabur agar tidak terdera lagi perasaanmu… mohonlah padaNYA… mohonlah sehingga tenang rasa hatimu…

Soal hati ini bukanlah soal yang mudah utk dijawab…. Hanya si pemilik hati yang tahu bagaimana rasa hatinya tu kan?

DOA BUAT KEKASIH

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…

Thursday, September 24, 2009

Kisah Namrud hancur kerana Nyamuk

"Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri?" (Surah al-Muddatsir: 31)

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan. Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa. Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila. Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.

Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)

Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh." Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim. Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu ketika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan. Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah. Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya. Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.

"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad. Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.

"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.

Tambahnya lagi, Allah ada berfirman, "Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan burukitu agar mereka kembali insaf." (Surah Al-Rum: 41)

"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris. Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat.

Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.

Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia. Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan. Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan.

Kisah-kisah Shahih

Cinta kepada Allah
Rasulullah dan Penuntut Hutang
Khalifah Umar dan Isterinya
Namrud hancur kerana Nyamuk

Khalifah Umar dan isterinya

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab,
"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."
Saidina

Rasulullah dan Penuntut Hutang

Pada suatu hari, seorang yahudi telah datang menemui Rasulullah S.A.W karena hendak menuntut hutangnya. Tetapi cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amatlah kasar sekali.

Orang Yahudi itu menghampiri Rasulullah dan dia menarik baju Rasulullah sambil berkata: "Hai keturunan Abdul Mutalib, apakah engkau dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang". Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu sangat-sangat menyakitkan hati Sayidina Umar bin Khattab yang berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu.

Dengan jiwa kerasnya dan perasaaan marahnya begitu meluap Syaidina Umar terus membentak Yahudi itu. Rasulullah terkejut dengan sikap Sayidina Umar itu, kerana tidak dapat menahan perasaannya. Walaupun, dimuka rasulullah muncul kemarahaannya tetapi baginda dapat menahan perasaan itu. Lalu baginda berkata kepada Sayidina Umar: "Wahai Umar, saya dan dia, mempunyai urusan sendiri. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah engkau mencampurinya.

Sebaiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut. Maka baginda menyuruh Sayidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh liter gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Sayidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.

Ketika Yahudi itu melihat kejadian itu tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya: "Wahai Umar, semuanya ini adalah merupakan tanda-tanda kenabian. Saya telah dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di wajah nabi s.a.w. ketika saya memperhatikan wajahnya. Sebenarnya saya ingin mengetahui apakah benar-benar dia seorang nabi. Sebab itulah saya uji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Sia lalu bersaksi bahwa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu adalah utusan Allah".

Begitulah besarnya pengaruh sifat dan sabar Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan Yahudi yang mengasari baginda terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap