Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Friday, February 26, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH,
GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa
yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini .

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap
bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang
lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat
perhitungan atas segala amalan kamu .

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan
mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil..

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak
atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu .

Sekiranya mereka menyempurnakan
mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang..

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya
mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina..

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali
sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan
harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu .

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada
seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam
taqwa dan amal soleh .


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu
lakukan..

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku .

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru .
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku .


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku
ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah

orang yang lain itu menyampaikannya
pula kepada orang lain dan begitu seterusnya .

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya
lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar
terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

p/s sampaikan walau sepotong ayat...

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH




Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalah fisabillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga....

Ketika ku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita
SOLEHAH seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah , harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


WANITA CANTIK TANPA PERIBADI YANG MULIA,
UMPAMA KACA MATA YANG BERSINAR,
TETAPI TIDAK MELIHAT APA-APA..

renung2kanlah.. dimanakah tahap diri sendiri


Sunday, December 6, 2009

berukhwahlah kerana Allah

jika berukhwah kerana ALLAH pastinya hati tidak marah bila di tegur kesalahannya sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka
jika berukhwah kerana ALLAH pasti sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabatnya biarpun sahabat jauh dari kita
jika berukhwah kerana ALLAH pasti akan menasihati sahabat yang dalam kealpaan
kerana rasa kasih kepadanya disandar kepada ALLAH agar rasa kasih itu dapat menjadi syafaat tika MIZAN menimbang amalan kita
dan moga kerana kasih ini kita dan sahabat dapat bertemu di syurga ALLAH...
bukankah di akhirat nanti kita akan dihidupkan bersama orang yang kita kasihi?
jadi sejauh manakah kasih kita kerana ALLAH....
jika kita berukhwah kerana ALLAH pasti tidak merasa berat untuk membantu sahabat yang dalam kesusah =)

Wednesday, October 14, 2009

Renungi apa yang tersurat

Fahamilah apa yang tersirat.... Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur. Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri. Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci. Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati...... namun.... Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai. Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani. Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri. Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....

Saturday, October 3, 2009

Kisah Persahabatan Antara Lelaki n Perempuan

Seorang kawan dtg mencari… meluahkan isi hatinya… bahawa dia telah terjatuh hati pd seorang lelaki… katanya; pada awalnya dia masih mampu melawan perasaan itu… dibuangnya jauh-jauh supaya tiada maksiat di hati… supaya tiada angan kosong yang melalaikan… kerana dia seorang yang mahu menjaga dan memelihara hak hatinya pada hanya yg berhak… kagum sungguh saya padanya…

Saya sangat2 mengenalinya… dia seorang yg kuat dan sentiasa jelas dgn kehendak diri sendiri… dia seorang yg tak pernah lupa diri dan tak pernah pula kalah dengan mainan hati…. Tapi kali ini…. DIA TEWAS…. Setelah berusaha sekeras hati, sedaya mungkin…. Perasaan itu tidak pernah pergi… semakin cuba dilupakan, semakin perasaan itu datang merisik… “apa aku patut buat anis?” itulah soalannya pada saya…

Dia tahu persahabatannya dengan lelaki itu baik, tetapi mengapa perasaan yg lebih dr kawan itu datang menjengah? Ermm kawan saya tu sendiri tak punya jawapan… maka perlukah dia mengorak langkah menyusun kata meluah perasaan? Oh tidak~! Itu bukan cara terbaik pada saya. Dan soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya… tak terjawab rasanya… Katanya lagi; air mata sudah jadi teman setia setiap kali dia mengenangkan gelora hatinya… aku sangat2 mengasihanimu wahai teman… dapat kurasa sakitnya menahan perasaan yg tak terluah itu…

Menyukai seseorang itu lumrah alam… itu adalah ketentuan dan kemanisan yg ALLAH anugerahkan… maka andainya perasaan itu datang, ia datang bukan sbb kita yg mintak kan? itu adalah nikmat sebenarnya…Tetapi, dalam menjalani hidup2 seharian, hubungan lelaki dan perempuan ada batas2nya… dan apabila urusan hati menjadi mainan utama, maka tindakan segera perlu diambil agar kita tidak terleka… dalam kes kawan saya ni, dia tidak mahu bermain dengan hati dan perasaan… kerana itu, dia kepingin sekali mengetahui adakah lelaki itu jodohnya sehingga ALLAH mengujinya sehebat ini? Mengapa debarannya, perasaannya pada lelaki itu semakin menderanya? “jadi, apa arah yg aku kena tuju skarang ni anis?” tanya kawan saya tu lagi… Tak terduga, dia kini sudah hilang arah…. Dia yg saya kenal dari dulu bukanlah begini… Sebagai kawan, apa lagi yg dapat saya nasihatkan?

Pabila kita manusia dan hamba hina ini kehilangan arah, maka ke mana lagi harus kita pergi? Hanya padaNya… duhai teman, doa di atas ini adalah doa yg baik untuk kita pohon dan amalkan agar kita ditemukan dgn jodoh yang benar2 telah ALLAH tuliskan untuk kita… andainya si lelaki itu benar untukmu, maka pohonlah agar ALLAH memberi petanda yang jelas… mendekatkan kalian dengan cara yang baik, menyatukan hati kalian dengan jalan yang dianjurkan dalam agama kita… Dan andaikata dia bukan jodohmu, maka berdoalah agar ALLAH menenangkanmu… menjelaskan apa yang kabur agar tidak terdera lagi perasaanmu… mohonlah padaNYA… mohonlah sehingga tenang rasa hatimu…

Soal hati ini bukanlah soal yang mudah utk dijawab…. Hanya si pemilik hati yang tahu bagaimana rasa hatinya tu kan?

DOA BUAT KEKASIH

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…

Thursday, September 24, 2009

Kisah Namrud hancur kerana Nyamuk

"Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri?" (Surah al-Muddatsir: 31)

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan. Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa. Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila. Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.

Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)

Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh." Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim. Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu ketika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan. Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah. Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya. Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.

"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad. Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.

"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.

Tambahnya lagi, Allah ada berfirman, "Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan burukitu agar mereka kembali insaf." (Surah Al-Rum: 41)

"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris. Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat.

Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.

Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia. Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan. Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap