Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Sunday, July 17, 2011

inilah gunanya persaudaraan

Assalamulaikum wbt..

nukilan aku...


saat yang dilalui terasa pedih
geram dan pilu dengan perangainya yang menyakitkan
ahh.. mahu aja aku lari meninggalkan luka
apa-apa pun katamu aku yang degil
melawan tanpa mengira usia
tidakkah kau harus menilai dirimu juga??

hari berganti hari..masa telah berlalu
dan luka sudah pun sembuh
bila masa telah berlalu aku mengimbas kembali
saat-saat aku masih belum dapat berfikir dengan wajar
dan kini aku sudah tahu
pengalaman mengajar aku untuk lebih bersyukur

kerana dia lah aku belajar hidup ditempat orang
kerana dia lah aku menjadi lebih matang
kerana dia lah aku menjadi orang yang berdikari
kerana dia lah aku tahu bertolak ansur
dan kerana dia lah aku rasa disayangi

kerana dia telah di takdirkan untuk membesar bersamaku

kepada pembaca sekalian.. nukilan kali ini anis fikir ramai orang terlepas pandang..
tentang hubungan persaudaraan antara abang dan adik... atau kakak dan adik.

ramai orang yang sibuk memikirkan untuk membalas jasa antara perhubungannya bersama teman lelaki atau teman perempuan..tentang sahabatnya.. perancangan tentang masa depannya.. atau hanya memikirkan utk membalas jasa ibubapanya..

bagaimana pula dengan saudara yang anis kira sangat penting dalam hidup keluarga yang lengkap seperti abang..kakak..dan adik??

kehidupan adik beradik adalah kehidupan yang indah dalam kekeluargaan...
ibu bapa pastinya tidak lekang dan rindu untuk melihat anak2 mereka pulang kerumah,,
barulah terasa lengkap satu keluarga

kalau perempuan.. adik perempuan dan kakak pastinya akan menjadi sangat rapat. boleh jadi apa2 rahsia antara mereka dikongsi bersama. kalau si adik mempunyai sesuatu hasrat pastinya akan di salurkan kepada kakaknya terlebih dahulu sebelum di sampaikan kepada ibu bapa.
kakak pula tidak putus asa untuk membantu ibu bapa dalam menguruskan adik.

abang dan adik lelaki pula bagai 'geng' yang tidak putus2 membuat aktiviti bersama.. ada2 sahaja projek mega yang dilakukannya... masih anis ingat ketika abang2 anis masih remaja.. tepat jam 1 pagi kedengaran kereta diserat bertiga keluar dari pintu pagar.. da lepas pintu pagar barulah enjin kereta dihidupkan.. nakal.. tapi alhamdulillah mereka sudah berjaya bila besar.. ma anis x putus2 berleter.. tp bila mereka sudah hidup berkeluarga pastinya ma anis sangat2 rindukan mereka.. mereka lah pelita yang menerangi dalam keluarga..

rakan-rakan sekalian..

anis ada mengenali seorang rakan perempuan. dia nie dikira anak sulung.. senang2 anis kenalkan dier sebagai kaklong
kami sama2 belajar di matrix dan universiti.. tapi anis mengenalinya rapat ketika di universiti.

okehlah begini ceritanya.. kaklong nie anis fikir die patut dijadikan contoh tauladan untuk kaklong2 kat luar sana. sungguh anis puji setiap kelakuannya terhadap keluarga. kaklong nie ada 5 orang adik.. kira ada 6 adik beradik la kan. masa kat matrix dulu anis kenal dier pon time hari2 akhir anis kat sana. time nak ambik ujian medsi bagi calon lepasan matrix untuk melanjutkan pendidikan di universiti. Abis ajer ujian medsi masing2 sibuk contact parents untuk pulang ke rumah.. kiranya hari tu da ari last la kan..

okeh..kaklong nie kira da jadi roomate baru anis la time tue.. kira x der la kenal sangat. yelah.. masing2 tgh memanfaatkan hari2 last bersama rakan2 yang dirindui. anis pon cepat2 kemas apa2 yang patot kat bilik yg baru pindah itu utk di bawa turun ke bawah.. blok da nak kena kosongkan da. masa tue masih anis ingat tiba2 ada seorang kanak2 perempuan yang anis kira baru 3, 4 tahun datang kat tempat anis. dia asyik perhatikan pakaian2 anis.. jambakan bunga anis.. patung2 hadiah yg anis dapat.. semuanya dier katakan cantek. yelah budak kecik kan.. then ibunya tegur "adik jangan usik barang2 akak" ... kaklong pula yang tengah sibuk kemaskan barang pulak yg menegur adiknya yg manja itu.. anis kira budak nie mmg petah bercakap.. tapi family itu datang satu keluarga.. saling menolong kaklong ini mengemas.. seronok melihat mereka.. ibarat keluarga lengkap tp anis terpaksa turun awal ke cafe time tue sbb ada temu jnji.. tp ketika di cafe pandangan anis tercuri juga melihat keluarga yang berada di parking tadi.. meriah betul mereka ni..

akhirnya anis berjaya meneruskan pelajaran di uthm.. dan dengan izin Allah anis bertemu lagi dgn kaklong nie.. malah kami berpeluang untuk kenal lebih dekat. kaklong nie anis kira seorang yg meletakkan family di tempat pertama dalam hidupnya. die x penah terlepas pandang dalam menghubungi keluarganya di kg.

slalu ajer di mitak bercakap dgn adik2 ketika menghubungi ibu ayahnya.. malah ketika wang ptptn masuk pun.. dier x habiskan wang itu untuknya.. most of them adalah untuk adik adiknya..
die bukanlah datang dari keluarga yang susah. malah ibu dan ayahnya sangat mengambil berat tentang anak2..ke mana mana sahaja yg dier pergi pastinya dier akan membeli barang untuk adik2nya.. kalau anis.. setakat wet 2000 tue tuk 1 sem mmg cukup2 makan jelah jawabnya... tp anis betul2 kagum... kaklong nie sanggup berjimat utk adik2 nya. kata kaklong adik2 mmg akan menceritakan apa2 sahaja hasrat dan rahsia kepada dier.. adik2nya akan meminta tolong darinya dahulu sebelum kepada ibu ayahnya.. malah untuk mendapatkan biasiswa dan kerja pon kaklong ini yang lakukan untuk adik2nya... sungguh anis puji kaklong nie.. semoga Allah membalas jasa kaklong setimpal dengan usaha ikhlasnya..

akhirnya anis mengimbau kembali pengalaman anis sebagai adik bongsu.. orang cakap bongsu nie sikapnya manja.. paling mudah dapat apa2 yg di ingini dan kakak2 dan abang2 pastinya kena mengalah dengan bongsu.. betul x?? anis fikir ada betulnya.. anis mmg paling mudah ditunaikan permintaan.. tapi anis juga x nafikan anis juga yang paling dijaga rapi. yelah bongsukan.. huhuu..



kalau kakak2 dan abang2 kemana2.. paling kurang adik bgsu la yg dapat merasa walaupun sikit. lau dulu anis masih ingat ketika anis masih remaja.. budak baru nak up katakan. asyik merungut bila kemahuan x dituruti.. kakak kat atas anis la yg paling bengang dgn perangai anis.. yg sulung mendamaikan.. yg bawah sulung pula jadi orang tengah.. huhuu... bila anis sedih mereka tetap bersama anis..
kalau dulu ketika kami adik beradik ditimpa musibah kaklong anis la yang akan menjadi ketua dalam membuat keputusan..
"jangan ganggu adik2 aku!! " marah kaklong kepada perompak2 yang telah mengikat kami adik beradik ketika ma abah kami ke mekah suatu ketika dahulu.. terus diketuk kaklong oleh salah seorang perompak itu.. masih teringat kata2 seorang kakak anis...
"maafla 'akak'.. lau bukan dengan eppy akak nak gaduh dengan sapa lagi.. eppy la satu2nya adik yang akak ada.."
bukan mudah nak keluarkan kata2 itu kalau bukan sbb ada musibah.. haha.. tp alhamdulillah... kami tetap keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain..kerana dugaan lah kami menyayangi antara satu sama lain. dan kerana susah senang bersama la kami sentiasa mendoakan satu sama lain walaupun masa sudah berlalu dan kami sudah punyai kehidupan masing2 yang telah ditakdirkan untuk kami berjauhan seketika.. tp bak kata pepatah air yang di cincang x akan putus..

jadi rakan2 sekalian ingatlah kakak2, abangmu dan adik2 mu... merekalah yang memahami kita sebenar2nya selain ibu bapa dan rakan baikmu.. susah senang dilalui bersama.. dari kecil hingga ke besar kalian dibesarkan bersama.. janganlah cepat lupakan jasa mereka..sayangilah mereka..
moga-moga mereka sentiasa selamat dan diredhai Allah SWT... Amiin...

terima kasih rakan2 sbb sudi baca entry anis kali ini..wasalam...

Thursday, July 14, 2011

Sukan...Diet... Nak Jadi Kurus Ker???

Assalamualaikum wbt....

entry kali nie berkisarkan tentang penjagaan badan... apa x nya.. umur anis skrg da masuk 22.. mmg umur yg kerap di nobatkan dengan raja diet..so anis pon nak la bercakap pasal diet..tp mula-mulanya anis nak kata DIET + EXERCISE = BADAN SIHAT, OTAK CERDAS, DIRI TAMPIL BERKEYAKINAN. mmg perkara nie x dapat nak dipisahkan... terimalah hakikat...DIET...DIET...DIET...........jangan jadi cam kucing kat bawah nie yep



situasi 1 : umur 3-9 tahun..

kanak2 kuat makan.. sihat ker??

A : time umur camnie.. makan banyak mana pon xper.. sbb budak2.. mana lah banyak penyakit.

B: tp knp bdk2 x byk penyakit erk??

A: Eyh ko nie... kita kan da berumur.. da macam2 da kite makan.. x cukup udara yg kiter hirup ari2 agi. kompem la byk penyakit..

B: hmm... aku stju.. tp umur cam budak2 nie bagi aku dieorg sihat sbb dieorg kuat main.. berpeluh hari2... yg menengok pon boleh penat.

Situasi 2 : 10-17 thn

sihatkah mereka??

A: umur camnie pulak dieorg kuat berkawad.. kat sklh wajib yeorg bersukan n beruniform..

B: ha'ah... aku igt lagi dulu aku masuk kadet polis.. mmg tiap2 petang aku berkawad.. sronoknya zaman camnie..

A: eyh ko nie.. rindu2 pulak erk.. lau cakap pglmn umur time nie sampai ke malam pon x abis.. yg penting yeorg sihat da alhamdulillah.


Situasi 3 : 18-25

masih bersukan kah mereka??

A: err... no komen... yeorg da jadi penternak lemak da kot

B: Aish.. x baik cakap cam2... ada jer org kurus aku tgk.. ramai apa

A: OPSS!! Sori... tukar2.. pembekal penyakit la...yeorg kan kuat berjalan time nie..

B: hoii... nie lagi la..hadoii... tp betol la 2... kurus ke berisi ker sama jer.. penyakit datang bukan tgk kurus ke berisi.. lau badan x bersenam mmg antibody lemah la... lesu jer.. asid pon x terkeluar..

A: haa... betul kan kan?? yg kurus kena serang..yg berisi lagi mudah..

Situasi 4: 26-seterusnya

Mudah kena penyakit??

A: jangan la tanya cam2... takotnya..

B: aku pon takot.. kan umur camnie da sibuk cari duit.. urus rumah tangga.. mana sempat nak exercise lagi.. diet jelah yg mampu

A: diet pon boleh elak dari diseases jugak.. tp lau silap diet likup la ko...

A & B : Hmmmm......



haaa.... begitulah secara rawaknya kitaran diet n exercise lam kehidupan manusia..
actually D.I.E.T nie maksudnya apa?? perlu ker diet?? camne nak diet?

oklah... meh anis selesaikan persoalan2 nie..

Diet definition adalah food and drink considered in terms of its qualities, composition, and its effects on health.. haa... paham x? maknanya ambil makanan yg seimbang dan boleh menyihatkan tubuh badan.. itulah DIET...Bukannya maksud x makan. Or kononnya x lapar.. kesian tubuh tue.. islam marah taw..betul nie

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
“ Dan janganlah kamu menjatuhkan(mencampakkan) dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”

haa... camtue la.. selain itu.. Ramai yang menganggap makanan dan minuman hanyalah sekadar untuk keperluan jasmani yang memberikan kekuatan disamping bermanfaat untuk menjaga kesihatan badan. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. sebenarnya...badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu RasullahS.A.W mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.

Di dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud:

Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan bila terasa lapar
dan bila kami makan tidak pernah sampai kenyang.

Dalam usaha untuk mengisi keperluan jasmani ini, kita juga perlu pastikan setiap makanan itu halal pada zatnya atau cara memperolehinya.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai manusia,makanlah apa yang ada di bumi,yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang dan nyata.

Sebenarnya makanan yang tidak baik,lebih-lebih lagi yang diharamkan merosakan diri manusia.Sedikit makanan yang halal sama ada halal pada zatnya atau halal pada cara memperolehinya adalah lebih diberkati daripada makanan dan minuman yang bertibun-timbun tetapi haram.

So, terang-teranglah ia merupakan satu rahmat kan kepada manusia apabila allah tidak menegah mereka memakan yang mendatangkaan manfaat dan kebaiakn untuk manusia itu sendiri, serta menegah daripada makan atau minum sesuatu yang mendatangkan mudarat dan keburukan sama ada untuk diri sendiri,keluarga atau masyarakat.


jadi... kat sini anis nak kongsi sikit tips utk DIET n Bersenam.. selamat beramal..


utk senaman menjadi fun n effective

1) Berhenti memberikan macam2 alasan : yelah... nanti2 la.. besok jelah.. mingg depan.. penat la arinie.. postpone ari len erk.. ngantok...

2) Fleksibel.. maknanya.. xperlulah lau arinie dapat bersenam abis sume jenis senaman kiter pulun.. balik2 badan da sakit. taubat x nak buat lagi. abis!! so,.. bahagi2kan laa. tiap2 ari jog la lam 1km. pastu wat len2 exercise secara gilir2.

3) Curi masa. means lau busy sangat2 dapat exercise 20 mnt pon cukup. something is always better than nothing. betol x??

4) jadikan rutin. ari2 kite mandikan? haa.. buat cam2. lau x bersenam lam seminggu gelisah satu badan.

5) set goal anda. lau anis nak turun 1 kg la kononnya.. xpon nak kecikkan lagi level tali pinggang.. or baju nie aku mesti padan tuk pakai time dinner weekend nie.. haa... baru semangat

6) gabungkan aktiviti. contohnya kan.. ikutkan rutin jog pagi. petang jalan2 dgn member.. apa kata pagi tue jog sambil jumpa member2 terus..ajak yeorg jog skali. kompem bising 1 padang

7) jangan obses. nnti otot anda sakit2.. lama2 cepat muak.. haa camner??

8) beri hadiah pada diri sendiri. cthnya cari kasut jog baru.. kan da semangat

9) cari teman. lau exercise sorang nie cepat bosan. so cari la member..

10) have fun!! bosan exercise tukar pada menari ker.. earobik ker.. fighting2 nie pon best jugak cam taekwondo n silat.. haa.. lagi syok!!

okeh.. gitu la... cara nak diet lak rasanya da boleh paham da dari definisi diet kan.. ikut ajer piramid makanan k.. jangan berlebih n berkurang.. jangan makan makanan yg boleh mendatangkan penyakit n paling penting sekali jangan tinggal waktu makan..

okeh sini ajer... salam... =)

Monday, July 11, 2011

rindunya nak balik umah...;p

Assalamualaikum wbt...

pagi yang membuat aku jadi cukup malas...bila da pandai bangun lambat mula la perangai tue menjadi-jadi (semakin serius sampai projek sarjana muda pon anis sanggup tunda).. Ya Allah... ringankanlah tulang anis tuk jadi rajin n bangun pagi2... even sem baru belom mula tp anis patut mulakan lebih awal.. mudah-mudahan sem depan x lah sekentar sem lepas..huhu.. kalau la bakal suami tahu perangai anis masa camnie... huhu.. malu den!!... haha!...

sebenarnya sengaja nak cakap sal perangai bangun lambat anis nie da serius sejak kebelakangan ni..huhu... itu bukanlah perangai yang elok kan... not good habit.. i must change!

pagi-pagi nie mulala mengalamun bila tengok pic-pic lam hp.. meh sini anis sharekan sikit2 pic yang anis tengok.

nie merupakan pemandangan dari atas stage(stage tu cam tempat nak bbq or tempat santai)



pic yang nie pulak pic tangki air kat kat belakang umah dengan pic bahagian parking kereta



yang nie pulak antara perhiasan pokok2 yang menemani pagar-pagar rumah




nie gambar tempat nak parking kat umah... haa... banyak pokok kan



ini pulak gambar bahagian kolam kat umah... ada 2 buah kolam ikan n satu kolam
kura-kura kak.uda.. tapi 1 jer kolam ikan yang guna satu lagi x der air...huhu


yang nie pulak stage yang tempat santai dari pic pertama tadi.. masih ingat??



haa... ini pulak pagar umah... da berkarat da pon.. tapi boleh la pakai lagi...alhamdulillah


yang nie pic kucing kat umah yang ngah mengusik ikan kat dalam kolam... nakal betol!!!



yang ni pulak nak tunjuk pokok2 kat stage umah... banyak kan??



okeh... kat pic nie pulak pokok yang anis dah cantekkan bentuknya...baik punyer kan?? hehee

yang nie pulak pic baby yang tengah penat tolong berkebun.. haus la tue... kejenya tengok je pon


tapi.................... baby nie comel kan..... olololooooo....ngeee~~ngeee~~~

haa..... nie la antara pic2 yang anis sempat upload... banyak x?? ini la yang dikata homesick... apa yang ada pada rumah yang kasi anis homesick?? lau dekat umah ada banyak sangat meow2... kat umah ada pokok2 yang boleh anis asahkan bakat design pokok bentuk camtu.. bentuk camnie...cantas2.... hehee....

kat umah jugak ada ma abah yang anis rindu sangat2... xcakap pon anis taw dieorang rindu anis.. huhuu... perasan... entry kali nie cam banyak bercerita pulak kan... hadoiii... sebenarnya nak cakap... rumahku syurgaku.. even banyak kekurangan pon.. kat c2 la tempat anis membesar.. hingga jadi seperti sekarang... luv u mom n dad... kalau la terengganu tue dekat ajer dengan batu pahat.... da lama da ans balik... hope kawan2 kat luar pon cam2... rajin-rajin kan la balik umah... senangkan hati bu bapa kita.. tolong pape yang patot... lau x dapat jangan lupa kirimkan doa buat mereka.. moga-moga mereka sentiasa selamat dan mendapat keredhaanNya.. amiin...

okeh... sini ajer.. kelas da nak start da nie... papai... salam

Sunday, July 10, 2011

thanks mom...i love u.,,



Assalamualaikum wbt...

rasanya rakan-rakan tengok pic di atas pon rakan-rakan taw ini tentang sambutan hari jadi anis yang genap ke-22.. terasa diri da semakin dewasa... huhu... hepi atau takut?? 2 2 anis rasa... yang pasti hidup mesti di teruskan...9hb7 pon da berlalu... okey... kat atas nie adalah kek hari jadi anis.. handmade cake yang dibuat oleh rakan2 anis sempena sambutan ulang tahun kelahiran anis... terharu.. tepat kul 12 dieorg wat kejutan kat dataran Batu Pahat.. memang best... time kasih kawan2 sekalian... moga Allah SWT membalas jasa baik kawan2 sekalian...

OH YA.... nama ANIS tu saya punya nama la kan... MOMO tu nama kucing kesayangan anis.. takut terkonfius pulak... =)..

Setelah genapnya 11hb 7... anis da x sabar nak menunggu hari ma menalefon untuk mengucapkan selamat hari jadi buat anis... then masa tu jugak panggilan telefon dari ma... berbual panjang la anis.. then anis buat-buat merajuk coz x der ucapan harijadi.. ma cakap

"ma da ingat da masa eppy(anis) balik umah tempoh hari.. kan da dapat 2 pasang baju.. ma beli awal2 sebab ma nak jadi orang pertama yang sambut hari jadi eppy.."

wah..cover baik punya.. ;p.. tapi betul lah... seminggu awal sebelum tarikh hari jadi anis...hmm... terharu... ma sentiasa mahukan yang terbaik buat anis... bank pon masuk tiap2 minggu... tiap2 kali col mesti ingatkan anis sal jaga solat n maruah... tarikh2 penting tuk beribadat pon ma selalu ingatkan... tapi anis... terasa berat menanggung dosa ini... kini umur anis da 22 tahun.. Ya Allah.. lembutkanlah hatiku untuk sentiasa melakukan ibadah kepadaMu....


okeyla.. sebenarnya anis bukan nak berkongsi pengalaman anis... tapi anis nak berkongsi kisah saat-saat anis dan juga rakan-rakan dilahirkan di dunia... moga-moga kisah ini boleh melembutkan hati kita untuk sentiasa mendoakan syurga buat ibu kita...

Surga ada di bawah telapak kaki ibu..

Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia..


Menjelang diturunkan dia bertanya kepada Tuhan, "Para malaikat di sini mengatakan bahwa besok Engkau akan mengirimkanku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah." kata di bayi
Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan mengasihimu."



"Tapi di surga, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ini cukup bagi saya untuk bahagia." demikian kata si bayi.

Tuhanpun menjawab, "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia."
Si bayipun bertanya kembali, "Dan apa yang dapat saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?"

Sekali lagi Tuhan menjawab,"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
Si bayipun masih belum puas, iapun bertanya lagi, "Saya mendengar bahwa di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?"
Dengan penuh kesabaran Tuhanpun menjawab, "Malaikatmu akan melindungimu, dengan taruhan jiwanya sekalipun."

Si bayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya, "Tapi saya akan bersedih karena tidak melihat Engkau lagi."
Dan Tuhanpun menjawab. "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu."


Saat itu surga begitu tenangnya, sehingga suara dari bumi dapat terdengar dan sang anak dengan suara lirih bertanya, "Tuhan... Jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku siapa nama malaikat di rumahku nanti?"

Tuhanpun menjawab, "Kamu dapat memanggil malaikatmu..

IBU...


Kenanglah Ibu yang menyayangimu...

Untuk ibu yang selalu meneteskan air mata ketika kau pergi..

Ingatkah engkau ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu?
Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu?.. Dan ingatkah engkau ketika air mata menetes dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit?

Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan

Kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu

Jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang, ketika ibu telah tiada..

Tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita

Tak ada lagi senyuman indah.. Tanda bahagia,



Yang ada hanyalah kamar yang kosong tiada penghuninya,

yang ada hanyalah baju yang digantung di lemari kamarnya

Tak ada lagi dan tak akan ada lagi yang meneteskan air mata

mendo'akanmu di setiap hembusan nafasnya


Kembalilah segera.. Peluklah ibu yang selalu menyayangimu..

Ciumlah kaki ibu yg selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik diakhir hayatnya

Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya..

Ibu.. Maafkan aku. Sampai kapanpun jasamu tak akan terbalas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap