Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Sunday, July 17, 2011

inilah gunanya persaudaraan

Assalamulaikum wbt..

nukilan aku...


saat yang dilalui terasa pedih
geram dan pilu dengan perangainya yang menyakitkan
ahh.. mahu aja aku lari meninggalkan luka
apa-apa pun katamu aku yang degil
melawan tanpa mengira usia
tidakkah kau harus menilai dirimu juga??

hari berganti hari..masa telah berlalu
dan luka sudah pun sembuh
bila masa telah berlalu aku mengimbas kembali
saat-saat aku masih belum dapat berfikir dengan wajar
dan kini aku sudah tahu
pengalaman mengajar aku untuk lebih bersyukur

kerana dia lah aku belajar hidup ditempat orang
kerana dia lah aku menjadi lebih matang
kerana dia lah aku menjadi orang yang berdikari
kerana dia lah aku tahu bertolak ansur
dan kerana dia lah aku rasa disayangi

kerana dia telah di takdirkan untuk membesar bersamaku

kepada pembaca sekalian.. nukilan kali ini anis fikir ramai orang terlepas pandang..
tentang hubungan persaudaraan antara abang dan adik... atau kakak dan adik.

ramai orang yang sibuk memikirkan untuk membalas jasa antara perhubungannya bersama teman lelaki atau teman perempuan..tentang sahabatnya.. perancangan tentang masa depannya.. atau hanya memikirkan utk membalas jasa ibubapanya..

bagaimana pula dengan saudara yang anis kira sangat penting dalam hidup keluarga yang lengkap seperti abang..kakak..dan adik??

kehidupan adik beradik adalah kehidupan yang indah dalam kekeluargaan...
ibu bapa pastinya tidak lekang dan rindu untuk melihat anak2 mereka pulang kerumah,,
barulah terasa lengkap satu keluarga

kalau perempuan.. adik perempuan dan kakak pastinya akan menjadi sangat rapat. boleh jadi apa2 rahsia antara mereka dikongsi bersama. kalau si adik mempunyai sesuatu hasrat pastinya akan di salurkan kepada kakaknya terlebih dahulu sebelum di sampaikan kepada ibu bapa.
kakak pula tidak putus asa untuk membantu ibu bapa dalam menguruskan adik.

abang dan adik lelaki pula bagai 'geng' yang tidak putus2 membuat aktiviti bersama.. ada2 sahaja projek mega yang dilakukannya... masih anis ingat ketika abang2 anis masih remaja.. tepat jam 1 pagi kedengaran kereta diserat bertiga keluar dari pintu pagar.. da lepas pintu pagar barulah enjin kereta dihidupkan.. nakal.. tapi alhamdulillah mereka sudah berjaya bila besar.. ma anis x putus2 berleter.. tp bila mereka sudah hidup berkeluarga pastinya ma anis sangat2 rindukan mereka.. mereka lah pelita yang menerangi dalam keluarga..

rakan-rakan sekalian..

anis ada mengenali seorang rakan perempuan. dia nie dikira anak sulung.. senang2 anis kenalkan dier sebagai kaklong
kami sama2 belajar di matrix dan universiti.. tapi anis mengenalinya rapat ketika di universiti.

okehlah begini ceritanya.. kaklong nie anis fikir die patut dijadikan contoh tauladan untuk kaklong2 kat luar sana. sungguh anis puji setiap kelakuannya terhadap keluarga. kaklong nie ada 5 orang adik.. kira ada 6 adik beradik la kan. masa kat matrix dulu anis kenal dier pon time hari2 akhir anis kat sana. time nak ambik ujian medsi bagi calon lepasan matrix untuk melanjutkan pendidikan di universiti. Abis ajer ujian medsi masing2 sibuk contact parents untuk pulang ke rumah.. kiranya hari tu da ari last la kan..

okeh..kaklong nie kira da jadi roomate baru anis la time tue.. kira x der la kenal sangat. yelah.. masing2 tgh memanfaatkan hari2 last bersama rakan2 yang dirindui. anis pon cepat2 kemas apa2 yang patot kat bilik yg baru pindah itu utk di bawa turun ke bawah.. blok da nak kena kosongkan da. masa tue masih anis ingat tiba2 ada seorang kanak2 perempuan yang anis kira baru 3, 4 tahun datang kat tempat anis. dia asyik perhatikan pakaian2 anis.. jambakan bunga anis.. patung2 hadiah yg anis dapat.. semuanya dier katakan cantek. yelah budak kecik kan.. then ibunya tegur "adik jangan usik barang2 akak" ... kaklong pula yang tengah sibuk kemaskan barang pulak yg menegur adiknya yg manja itu.. anis kira budak nie mmg petah bercakap.. tapi family itu datang satu keluarga.. saling menolong kaklong ini mengemas.. seronok melihat mereka.. ibarat keluarga lengkap tp anis terpaksa turun awal ke cafe time tue sbb ada temu jnji.. tp ketika di cafe pandangan anis tercuri juga melihat keluarga yang berada di parking tadi.. meriah betul mereka ni..

akhirnya anis berjaya meneruskan pelajaran di uthm.. dan dengan izin Allah anis bertemu lagi dgn kaklong nie.. malah kami berpeluang untuk kenal lebih dekat. kaklong nie anis kira seorang yg meletakkan family di tempat pertama dalam hidupnya. die x penah terlepas pandang dalam menghubungi keluarganya di kg.

slalu ajer di mitak bercakap dgn adik2 ketika menghubungi ibu ayahnya.. malah ketika wang ptptn masuk pun.. dier x habiskan wang itu untuknya.. most of them adalah untuk adik adiknya..
die bukanlah datang dari keluarga yang susah. malah ibu dan ayahnya sangat mengambil berat tentang anak2..ke mana mana sahaja yg dier pergi pastinya dier akan membeli barang untuk adik2nya.. kalau anis.. setakat wet 2000 tue tuk 1 sem mmg cukup2 makan jelah jawabnya... tp anis betul2 kagum... kaklong nie sanggup berjimat utk adik2 nya. kata kaklong adik2 mmg akan menceritakan apa2 sahaja hasrat dan rahsia kepada dier.. adik2nya akan meminta tolong darinya dahulu sebelum kepada ibu ayahnya.. malah untuk mendapatkan biasiswa dan kerja pon kaklong ini yang lakukan untuk adik2nya... sungguh anis puji kaklong nie.. semoga Allah membalas jasa kaklong setimpal dengan usaha ikhlasnya..

akhirnya anis mengimbau kembali pengalaman anis sebagai adik bongsu.. orang cakap bongsu nie sikapnya manja.. paling mudah dapat apa2 yg di ingini dan kakak2 dan abang2 pastinya kena mengalah dengan bongsu.. betul x?? anis fikir ada betulnya.. anis mmg paling mudah ditunaikan permintaan.. tapi anis juga x nafikan anis juga yang paling dijaga rapi. yelah bongsukan.. huhuu..



kalau kakak2 dan abang2 kemana2.. paling kurang adik bgsu la yg dapat merasa walaupun sikit. lau dulu anis masih ingat ketika anis masih remaja.. budak baru nak up katakan. asyik merungut bila kemahuan x dituruti.. kakak kat atas anis la yg paling bengang dgn perangai anis.. yg sulung mendamaikan.. yg bawah sulung pula jadi orang tengah.. huhuu... bila anis sedih mereka tetap bersama anis..
kalau dulu ketika kami adik beradik ditimpa musibah kaklong anis la yang akan menjadi ketua dalam membuat keputusan..
"jangan ganggu adik2 aku!! " marah kaklong kepada perompak2 yang telah mengikat kami adik beradik ketika ma abah kami ke mekah suatu ketika dahulu.. terus diketuk kaklong oleh salah seorang perompak itu.. masih teringat kata2 seorang kakak anis...
"maafla 'akak'.. lau bukan dengan eppy akak nak gaduh dengan sapa lagi.. eppy la satu2nya adik yang akak ada.."
bukan mudah nak keluarkan kata2 itu kalau bukan sbb ada musibah.. haha.. tp alhamdulillah... kami tetap keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain..kerana dugaan lah kami menyayangi antara satu sama lain. dan kerana susah senang bersama la kami sentiasa mendoakan satu sama lain walaupun masa sudah berlalu dan kami sudah punyai kehidupan masing2 yang telah ditakdirkan untuk kami berjauhan seketika.. tp bak kata pepatah air yang di cincang x akan putus..

jadi rakan2 sekalian ingatlah kakak2, abangmu dan adik2 mu... merekalah yang memahami kita sebenar2nya selain ibu bapa dan rakan baikmu.. susah senang dilalui bersama.. dari kecil hingga ke besar kalian dibesarkan bersama.. janganlah cepat lupakan jasa mereka..sayangilah mereka..
moga-moga mereka sentiasa selamat dan diredhai Allah SWT... Amiin...

terima kasih rakan2 sbb sudi baca entry anis kali ini..wasalam...

No comments:

Post a Comment

tq..i will give u feedback soon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap