Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Tuesday, February 22, 2011

meow2 oh meow2

Assalamualaikum wbt tepat jam 1.01 pagi.. tengah2 kusyuk menyiapkan bab2 untuk proposal PSM anis rest kejap (ala-ala iklan tuk restkan minda) entri anis kali ini tentang kucing.. makhluk Allah yang sangat manja dan comel. tetapi awas. si comel ini boleh jadi garang apabila di ancam. jadi jangan lah kita usik si comel dari terus jadi manja+nakal. aduhai.. jujur. anis memang suka sangat kucing... (^_^) ini salah seekor kucing belaan anis




berbalik pada tujuan asal. jam 1.01 pagi mengingatkan anis kepada peristiwa 1.01 tghri tadi. peristiwa mengerikan pada anis. ditengah-tengah kesibukan traffic di Parit Raja yang sememangnya glamour dengan penyumbang kemalangan kedua paling besar di Malaysia. pancuan 4 roda yang anis pandu bergerak untuk pulang dari kelas. al maklumlah baru lepas traffic light. semua kereta bergerak laju.. di hadapan kereta anis adalah kereta putih besar gitu.. mewah n glamour. agaknya pemandunya itu bisnesman. sibuk bercalling sambil memandu secara tidak sengajanya melang
gar seekor kucing yang sedang melintas jalan raya. (4 lines) sedihnya melihat. kucing itu pon boleh perasan yang pemandu itu x kurangkan kelajuan pon bila dier cuba melintas terus cuba berlari selamatkan diri. tetapi sudah takdir digelek juga. ya rabbi..


anis dan 2 lagi sahabat da cemas da. meronta-ronta kucing tu kat tengah jalan. rasanya kaki nye yang patah.. berkepak2 sekali. nasiblah line jalan belah bertentangan x der kereta. coz anis da mengelak ke jalan tu. ikutkan hati mahu aje berhenti dan selamatkan kucing tu dari tengah-tengah jalan. tapi anis x mampu kerana traffic yang sangat sibuk ketika itu.. apa lagi.. menangisla kami yang melihatnya. kata kawan anis yang lalu di jalan itu 30 minit selepas kejadian, kucing tu still meronta-ronta di tengah jalan. Allah sahaja yang tahu betapa kecewa dalam hati nie sbb x berhenti bantu kucing tadi. pokoknya, lindungilah haiwan yang lemah ini.


kejadian ini bukanlah salah siapa-siapa tetapi Allah AWT menguji tahap simpati kita terhadap makhluk ciptaanNya yang tidak sehebat kita
jikalau betul kita ada sifat simpati

1) adakah kita lindungi haiwan yang berkeliaran ini daripada musibah?

2) cukup baikkah diri sendiri untuk menyedekahkan sebahagian rezeki kepada mereka?

3) adakah tangan yang sempurna itu suci dari menyakiti haiwan ini?
4) tidakkah ada perasaan bertanggungjawab dalam diri menyenangkan hati haiwan2 ini daripada terancam?
5) ikhlaslah menjawab soalan sudah cukupkah diri ini untuk menghormati haiwan2 ini sebagai ciptaan Allah SWT?


Sememangnya kita ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna. tetapi ini bukanlah tiket untuk kita menghina haiwan. apatah lagi haiwan yang manja ini. apakah dosa mereka sehingga ada segelintir masyarakat yang sangaja menyiram kucing2 ini dengan air panas mendidih kerana kucing-kucing ini cuba meminta ehsan makanan di kedai-kedai makan. pernah sekali anis melihat satu blog tentang seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya oleh tauke kerana mencuri sedikit makanan. sangat menyayat hati. yelah.. bukan manusia sahaja yang tahu rasa lapar. sedangkan kita bila da lapar sangat emo+menggelabah malah sehingga wujud sifat pentingkan diri. nie link ke blog tersebut kakimotong.

jadi.. muhasabah lah diri kita sendiri. haiwan bukanlah makhluk ciptaan yang menyusahkan. malah mereka adalah makhluk yang sangat unik dan suci. malah jauh lagi suci dari hati manusia. jika kita nak disayangi, kita harus belajar sayangi yang lain jika kita nak dihormati, belajarlah hormati yang lain

Sunday, February 13, 2011

Lagu Sebagai Penghibur Hati..psikologi manusia

bila sejuk malam terasa.. mula la fikiran si gadis mengelamun.. =)
tapi... kemana perginya lamunan itu??

situasi 1 : si gadis sedang mengulangkaji pelajaran.

jika si gadis itu bosan atau nak hilangkan rasa mengantuk,
x perlu la si gadis risau.. mainkan saja lagu.. x perlulah si gadis nak menahan rasa mengantuk itu.

situasi 2 : si gadis dalam dilemma

hmm... penat bila jadi gadis ni. kerana penat memikirkan lamunan-lamunan yang entah penting atau tidak.. itu la hakikatnya menjadi seorang gadis.
mungkin remeh pada lelaki. namun besar bagi gadis. namun, anis x macam tu. besar bagi lelaki kecil bagi anis. huhu... yelah. pandangan anis satu sahaja. fikirkan yang penting dahulu.
yang akan datang kita fikirkan juga tapi cukuplah menjaga. x perlulah sampai buntu fikiran sebab belum masanya lagi. ehem..back to the topic.. bila dah jadi seorang gadis. memang lagu-lagulah yang menjadi peneman. dilemma tu dilemma la juga.. lagu dengarlah juga.. da memang faktanya lagu boleh menjadi suatu alat untuk menstabilkan perasaan dan menenangkan fikiran. <> tapi kalau la dapat rajinkan diri pergi ambil wudhu' dapat la juga pahalanya.. solat sunat di malam hari.. alhamdulillah... pesanan untuk diri sendiri juga... =)

situasi 3 : si gadis otaknya dah penat

yang ini memang memerlukan terapi lagu. al maklumlah bila umur meningkat, makin banyak tanggungjawab yang perlu di pikul.. hidup ini memang macam itu. stress sikit-sikit itu perkara biasa. penting! orang yang tidak ada perasaan stress x akan dapat hidup di tempat orang..
sebab bila kita stress maka ia di kira suatu masalah yang memerlukan skill untuk kita menyelesaikan masalah tersebut. jadi, orang macam ini memang indipendent. tahniah jika anda orangnya.. so, jika da xboleh nak fikir bila jadi macam ini. dengar la lagu.. insyallah release sikit.
tapi lagunya mestilah bertepatan.

ingatan :
1) janganlah kita dengar lagu yang mempunyai maksud yang menyeleweng
2) cukuplah setakat mendengar, jangan sampai kita terkeluar dari dunia yang nyata
3) lagu yang best! bukannya dengar kerana penyanyinya yang best!
4) kalau rasa-rasa lagu itu melalaikan baiklah elakkan

kat bawah ini lagu yang anis layan sekarang.. mula-mula biasa ajer bila dengar lagu ini..
tapi sekarang terlayan pula.. seronok juga =D






Sunday, January 23, 2011

Tatapan Si Gadis

Ciptaan Illahi terhadap kaum hawa sangat lah tinggi darjatnya..
betapa banyak kelebihan telah diberikan..
Namun, si gadis itu sering kali dikaitkan dengan lemah.. tidak berdaya..

an-nisa'..janganlah kita gusar..

lihatlah luasnya langit dan gahnya luatan.. tanah yang lapang..
dan tanaman yang subur..
semua itu sangat hebat. dan saling memerlukan antara satu sama lain..
hidup ini.. kita dilahirkan dengan pelbagai kelebihan yang berbeza-beza.
unitnya ciptaanMu ya rabbi..

maka adalah tanggungjawab kita untuk menjaganya..
mensyukuri nikmat kurniaan Illahi..
dan berzikir tanda mengingatiNya..

mudah-mudahan kita dalam keredhaanNya..amiin.. ya rabbal alaminn...



Buat Sang Pencinta

Nukilan ini buat diri ini yang lemah dalam arus percintaan sesama manusia.. namun tetap cuba gagahi kerana diri ini hanya harapkan 1 perkara..sesakali x mahu gagal... cinta dari Illahi...


Saturday, January 22, 2011

Perempuan Satu Anugerah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Thursday, January 20, 2011

Bala Menimpa Manusia..Adakah kerana dosa2 lalu?

Meratapi hari-hari yang berlalu telah banyak memuhasabah diriku... Ya Allah.. ampunilah dosa-dosaku..terlalu berat untuk ku menahan ujian ini..sesungguhnya aku tidak layak untuk masuk ke syurgamu..namun aku tidak mampu menahan seksa nerakamu. maka ampunilah dosa-dosaku..amiin..ya rabbal alamin..

Firman Allah SWT :

Bermaksud , "Dan jika sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan oleh perbuatan mereka, nescaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu makhluk yang melata pun. tetapi Allah menangguhkan penyiksaan mereka sampai waktu yang tertentu. Maka apabila datang ajal mereka maka sesungguhNya Allah Maha melihat keadaan hamba-hambaNya"
(Fathir :45)

Sesungguhnya terlalu banyak peristiwa yang tidak diingini menimpa manusia.Bukan kerana Allah itu zalim akan tetapi manusia itu sendiri melakukan kezaliman ke atas diri mereka sendiri maka untuk memberi pengajaran kepada manusia agar kembali kepada ajaran islam yang sebenar.

Bala atau bencana diturunkan oleh Allah bukan hanya terkena kepada orang-orang yang melakukan dosa malah akan meliputi kepada semua orang sama ada berdosa atau tidak. Itulah sebabnya kita wajib mencegah kemungkaran yang berlaku supaya azab dan bala bencana dapat dihindarkan. Walau bagaimanapun, ada ketikanya Allah menangguhkan bala bencana ke atas orang yang berdosa sehingga hari kiamat jika mereka tidak bertaubat dan memohon ampun. Allah memberi peluang kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat itu bertaubat dan kembali mengabdikan diri kepada Allah serta memohon ampun di atas segala dosa yang dilakukan. Dengan cara yang demikian, jika mereka mendapat keampunan maka azab tidak akan menimpa diri mereka diakhirat kelak. Dan ingatlah Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani.. sedangkan para sahabat dahulunya bersedih apabila tidak ditimpa ujian.. ini kerana ujian itu penghapus dosa. Allah itu tidak menzalimi hamba-hambaNya.

Firman Allah SWT :
Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Tuhanmu(Allah) zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pagi dan petang. Dialah yg memberikan rahmat kepadamu dan malaikatNya memohon ampun untukmu supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang) Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."
(Al-Ahzab: 41-43)

mudah-mudahan.. kita sentiasa menjaga diri dan agama kita..amiin


Thursday, January 13, 2011

Kenapa Perlu Dengki??

situasi : berkenalan dengan seorang kawan yang cukup sempurna di mata anda.. apatah lagi bila kawan anda itu sama jantina dengan anda.. pada pandang pertama anda memuji.. pandang kedua pula ______(apa)?

Bersyukurnya kalau kita terus terusan memuji dalam hati dengan mengagungkan kebesaran Allah dalam hati.. mudah2an hati kita sentiasa bersih dari dosa dengki ini

Hasad dengki bermaksud bercita-cita supaya nikmat yang ada pada orang lain hilang.
Nikmat ini termasuklah nikmat agama dan nikmat keduniaan. Misalnya iri hati melihat orang taat beragama lalu bercita-cita supaya orang itu terpengaruh dengan unsur-unsur maksiat.. jangan sangsi.. orang alim juga tidak lari dari dihasut musuh yg jelas itu (syaitan)

dari segi keduniaan pula seseorang jeles bila lihat orang lain mempunyai kemudahan seperti kereta.lalu berhasrat kereta itu remuk di atas jalan.. na'uzubillah.. mitak dijauhi..

firman Allah :
" Ataukan mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang telah diberikan Allah
kepadanya? "
(An-Nisa' : 54)

Sebagai tanda seseorang itu hasad dengki ialah apabila dia senang hati dan bergembira apabila seseorang mengalami kesusahan atau hilang nikmat yang dimilikinya.. misalnya suka melihat seseorang itu sakit atau kehilangan harta..

hasad dengki sememangnya dilarang dalam islam.. paling buruk sekiranya seseorang itu bukan sahaja bercita-cita malah berusaha supaya nikmat yg ada pada orang itu hilang...
moga kita tidak tergolong dalam kumpulan ini... amiin

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda :
"Jauhilah hasad dengki kerana hasad memakan kebaikan ibarat api memakan kayu kering"
(H.R Abu Daud)

Adanya ubat untuk hasad dengki ini. antaranya ialah :

1) yakin sesungguhnya apa yang beraku dalam alam ini adalah ketentuan Allah. Allah yang telah mencorakkan segala yang ada pada muka bumi ini sesuai atas kehendakNya. Setiap muslim yang menyedari dan menyakini sudah tentu menerima apa yang sudah ditetapkanNya

2) Sekiranya sudah yakin akan ketentuan Allah.. sentiasa lah berdoa agar nikmat itu kekal kepadanya.. dan sentiasalah berdoa untuk memiliki nikmat sebegitu juga kepada kita serta berusaha bersungguh-sungguh untuk memilik nikmat yang serupa. Kerana Allah yang memberi dan Dia lah yang memiliki semua yang ada dilangit dan dibumi


Seperti mana syair berbunyi

Wahai yang dengki terhadap nikmat yang kuterima.. tahukah engkau bahawa kepada siapa engkau tidak beradab? Engkau berkelakuan tidak baik terhadap Allah swt, yakni terhadap apa yang diberi . Lalu ketahuilah.. Lalu Allah akan menghina engkau dengan manambahkan nikmat kepada ku dan menutupinya kepada engkau

Bersabarlah atas tipudaya orang yang hasad kerana kesabaran itu akan membunuh kedengkiannya. Sama seperti api yang memakan dirinya sendiri jika tidak dapat benda untuk dimakan (dibakar).

Maka, insafilah diri sendiri.. sesungguhnya dunia hanyalah sementara.. apa yang diusahakan dimuka bumi ini tidak akan kekal selamanya..semua itu akan dihitung.. mudah2an kita dalam golongan yang diredhaiNya.. amiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap