Ada orang pandai kerana nama,
Supaya orang puji dia,
Ada orang pemurah supaya orang suka dengan dia,
Atau orang puji dia,
Supaya orang sayang dengannya,
Ada pemimpin bertanggungjawab dengan rakyatnya,
Supaya rakyat suka,
Supaya kemana dia pergi disanjung tinggi oleh rakyatnya,
Ada orang buat baik supaya dipuji oleh orang,
Dia adalah orang baik,
Supaya dia disebut oleh orang, "dia orang baik" di masa hidupnya,
Begitu orang berkhidmat,
Di sudut yang mana supaya orang memujinya,
Kemana dia pergi, orang suka,
Kalau begitu, di mana untuk Tuhannya,
Kita dihidupkan oleh Tuhan,
Hidup mati kerana-Nya,
Kita berbuat baik dan khidmat,
Kepada manusia kerana perintah Tuhannya,
Kerana Tuhan kita berbuat baik dengan manusia,
Bukan buat baik kerana manusia,
Kalau di dunia berbuat baik kerana manusia,
Di Akhirat kelak Tuhan suruh kita,
Minta pahala dengan manusia,
Apakah manusia di waktu itu,
Mampu memberi pahala kepada kita?
Jadi kalau kita berbuat baik kepada manusia,
Kerana Tuhannya, yang untung manusia,
Sebab itu, kalau kita berbuat baik kepada manusia kerana Tuhannya,
Manusia mencerca kita pun tak mengapa,
Manusia hasad dengki pun kita buat baik juga,
Manusia menyusahkan kita pun tak mengapa,
Kerana kita berbuat baik kerana Tuhan,
Bukan kerana manusia,
Cuma faedahnya untuk manusia,
Kerana itulah orang yang ikhlas kepada Tuhannya
Tetap dia berbuat baik kepada manusia,
Sekalipun kepada musuhnya,
Betapa pulalah orang itu berbuat baik kepadanya,
Di atas dunia ini, disuruh kita
Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita,
Membuat yang lebih baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita,
Begitulah perintah Tuhan kepada kita,
Hidup mati kita kerana Tuhan,
Side effectnya, yang untungnya manusia.
No comments:
Post a Comment
tq..i will give u feedback soon