Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Tuesday, January 11, 2011

ADUHAI WANITA ISLAM

Indahnya terasa diri ini kerana diciptakan sebagai wanita..
Dengan penghormatan yang Islam telah berikan kepada kaum wanita..
kelembutan perasaan, ketajaman intuisi, kepekaan terhadap segala sesuatu menunjukkan bahawa waita itu lebih cenderung emosional daripada intelektual.

Wanita Islam pada hari ini...

maju..bergerak seiring dengan lelaki yang diciptakan gah..
wal hal ada juga wanita yang jauh lebih bergerak kedepan daripada suaminya...
bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi dunia pada hari ini
islam juga menuntut agar kaum wanita menuntut ilmu

walau bagaimanapun...

wanita juga mudah terpengaruh..
walaupun sudah ramai wanita berminat untuk mengamal dan menghayati islam..
namun masih ada yang tidak mempedulikan segala suruhan Allah termasuklah menutup aurat
kalau ada yang mengetahuinya pun masih enggan melaksanakan

persoalannya.. bagaimanakah hukum menutup aurat ini sebenarnya?
moga ia menjadi peringatan.. mudah-mudahan inilah satu pengajaran yang cukup berguna

mengapa Allah mewajibkan setiap hambanya menutup aurat?
inilah persoalan yang mesti dikaji
sesungguhnya Allah tidak akan menyuruh hamba-hamba-Nya melakukan sesuatu untuk menyusahkan hamba-hamba-Nya

apa yang Allah perintahkan adalah tidak lain tidak bukan untuk kebaikan hambanya juga
dan Allah tahu hambaNya mampu melakukannya.
Hanya hamba-hamba-Nya sahaja yang tida tahu menilai

Wanita itu sendiri adalah merupakan fitnah. segala yang ada pada tubuh badan wanita itu sangat menarik sama ada tubuh badannya, rupa parasnya, pandangan matanya, dan segalanya yang ada pada wanita memukau kaum lelaki

sebab itulah sesetangah qaul meletakkan bahawa seseorang wanita itu wajib menutup seluruh tubuhnya kerana wanita itu sendiri adalah aurat dan tersangat menarik bila dipandang

apatah lagi di akhir zaman pelbagai fitnah dan pelbagai kemungkaran telah berlaku dimuka bumi ini,
jadi wajarlah sekiranya Allah menuntut agar wanita itu menutup auratnya. pelbagai pertandingan ratu cantik, modelling, penyanyi, pelakon yang merelakan dirinya dipeluk dan diperlakukan apa sahaja demi kepuasan hati dan wang yang haram
yang menyedihkan...maksiat sebegini bukanlah ditegur.. malah disanjung-sanjung oleh wanita lain...

Ujian yang menyebabkan seseorang itu semakin jauh dari Allah ialah apabila datangnya ujian itu dia merasakan ujian itu cukup menyusahkan.
dan ditanya-tanya mengapa Allah menguji dirinya sedemikian. dan apakah dosanya?

dengan ujian itu.. bukanlah mendekatkan dirinya kepada Allah malah sebaliknya menjauhkan dirinya kepada Allah serta hilang kepercayaannya kepada pencipta

dalam masalah menutup aurat ini perlu sering diingatkan bahawa setiap hambaNya yang cuba melakukan kebaikan pasti akan diuji oleh Allah..

maka.. marilah kita sama-sama muhasabah diri...


No comments:

Post a Comment

tq..i will give u feedback soon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap