wah...lama betul x berblogger.. entry kali ni anis nak ceritakan tentang "Bijak Membuat Pilihan"
okeh... actually tajuk entry kali datang bila anis da masuk tahun akhir di uthm.. waduh... aku kini bergelar final year student!! Dis is my last sem at uthm..insyallah... n 4 de next sem da kena pegi praktikal di sekolah... moga2 Allah swt mempermudahkan urusan anis.. mohon doa juga tuk anis yer!!... =)
berbalik kepada tajuk entry kali ni.. bijak membuat pilihan.. biasanya kita biasa dengar perkataan nie kat mana?? kat kedai ker?? contohnya "jadilah pengguna yang bijak..pilihlah ****" contohnya la kedai2 nak promote barang die kan... actually bukan kat situ ajer kita boleh dengar... bukan di situasi itu sahaja.. bagi anis setiap detik kita harus bijak dalam membuat pilihan.. start dari detik jam loceng berdering tuk kejut bangun subuh lagi kita mesti bijak dalam membuat pilihan. kalau anda bangun terus dari katil insyallah anda telah mengikuti planning asal. da boleh mandi...mengaji.. bersiap2 untuk ke kelas atau ke tempat kerja..contohnya la.. da berjalan lancar tanpa perlu tergopah2..
lagi.. dalam membuat pilihan tempat destinasi.. sebagai contoh 16 september telah di diisytiharkan cuti umum bergaji sempena hari malaysia.. so apa yang rakan2 nak buat?? barangkali ada di antara anda nak gunakan hari cuti itu untuk merealisasikan sesuatu yang sangat mustahak atau mungkin nak gunakan masa yang ada tuk berehat di rumah.. nak keluar ke mall tuk cari barang2 keperluan.. berniaga.. gunakan masa tuk berjumpa rakan2 dan saudara mara atau sebagainya.. pilihan terletak ditangan anda.. gunalah masa yang ada dengan bermanfaat kerana setiap pilihan yang kita lakukan adalah penentu masa depan kita.. kalau rasa masa depan kita boleh cover lagi x per.. tapi macam mana pula masa depan anak2 kita dan keturunan kita.. jadi sekali lagi jadilah hamba Allah yang bijak membuat pilihan dalam hidup.
kita sering lupa bahawa kita sebagai umat islam telah dipermudahkan oleh Allah swt dalam membuat pilihan iaitu dengan membuat solat istikharah 2 rakaat dan membaca doa kepada Allah swt iaitu
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya. jadi buatlah pilihan yang bijak dalam kehidupan ini terutama sekali dalam membuat pilihan yang besar seperti untuk membuat pinjaman, memilih jodoh, membuat pembelian dengan jumlah yang besar, mengikuti mana-mana program yang memerlukan kos yang tinggi atau sebagainya.. bak kata menteri kita yang membuat seruan "kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai rakyat melaysia" kenapa?? kitakan rakyat yang bebas dari cengkaman dan hidup dengan harmoni. jadi bertindaklah dengan pilihan dan gaya yang wajar... sekian...
moga pembaca mendapat manfaat..salam
No comments:
Post a Comment
tq..i will give u feedback soon