Pages

ANIS INSAN CIPTAANNYA...

Wednesday, September 21, 2011

cara nak hilangkan sedu

Assalamualaikum wbt...
oke... entry kali nie lebih kepada kesihatan dan pengalaman iaitu mengenai sedu..
            "mum... i can't stop hiccups since this morning"
            "don't worry honey.. that's means u're growing up and become an adult..
             oh my litttle daugther is big now..ngee~~ngee~~"
haa...nie perbualan antara kanak2 yang tersedu dengan ibunya.. tapi macam mana pulak dengan yang nie
            " oh no.. i can't stop hiccups since this morning..am i growing up??"
            " which side u're growing up haa?? u're big enough..hahahhaa"
oh tidak... nie pulak jadi masalah bila orang yg dah dewasa still lagi tersedu.. actually apa sebenarnya maksud tersedu dan kenapa kita boleh mengalami sedu??


meh anis ceritakan pengalaman anis 'hiccups' semalam.. kawan anis memang da gelak-gelak da bila anis hiccups x berenti. macam-macam tone kuat la perlahan la..sambil bercakap la...then time tu jugak anis cuba search kat tenet apa sebab anis hiccup nie.. yelah..umur da 22 da xkan nak membesar lagi kan...
so hasil daripada pencarian anis, i found this website

http://drzubaidi.com/blog/?p=1185

daripada site nie dier menjelaskan reason kenapa seseorang tu mengalami hiccup. hiccup berlaku adalah apabila diaphragrm mengecut secara tidak terkawal di ikuti dengan penutupan peti suara ( vocal cord ) lalu menyebabkan bunyi 'Hic' terkeluar. ia terhasil apabila saraf vagus dan phrenic dirangsang. 


so stalker punyer stalker hiccup anis x hilang-hilang jugak till anis jumpa sentence di mana doc tersebut menyatakan bahawa teknik Valsava berhasil. kaedah Valsava nie adalah dengan memicit hidung dan menutup mulut dan hembuskan udara dari paru-paru sekuat hati. Tekanan yang terbentuk dalam thorac akan membantu mengurangkan sedu... n dengan usaha cuba jaya anis try.. after hembus nafas mula rasa pening-pening lalat n then.... my hiccup was gone... so.. dont miss it n try it at home!!!


terima kasih kerana membaca...moga-moga entry kali ini bermanfaat


wasalam wbt

Monday, September 19, 2011

Bunga Yang Cantik Jarang Harum




Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang kurang rupawan. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

taken from Artikel iluvislam.com

Cantik Yang Sebenar Dalam Islam




Rasululllah SAW dengan sahabat-sahabatnya - Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.a, puteri Rasullullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.

Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah satu mangkuk itu. Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.


Abu Bakar r.a. berkata
:
“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”
Osman r.a. berkata:
“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Ali r.a. berkata:
“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Fatimah r.a. berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Malaikat Jibril a.s. berkata:
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”
Allah SWT berfirman:
“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

p/s...kongsilah dengan rakan2 dengan like dan share...sesungguhnya entry ni sangat berguna...kite same2 amalkan ye...

Wednesday, September 14, 2011

Bijak Membuat Pilihan

Assalamualaikum wbt

wah...lama betul x berblogger.. entry kali ni anis nak ceritakan tentang "Bijak Membuat Pilihan"
okeh... actually tajuk entry kali datang bila anis da masuk tahun akhir di uthm.. waduh... aku kini bergelar final year student!! Dis is my last sem at uthm..insyallah... n 4 de next sem da kena pegi praktikal di sekolah... moga2 Allah swt mempermudahkan urusan anis.. mohon doa juga tuk anis yer!!... =)

berbalik kepada tajuk entry kali ni.. bijak membuat pilihan.. biasanya kita biasa dengar perkataan nie kat mana?? kat kedai ker?? contohnya "jadilah pengguna yang bijak..pilihlah ****" contohnya la kedai2 nak promote barang die kan... actually bukan kat situ ajer kita boleh dengar... bukan di situasi itu sahaja.. bagi anis setiap detik kita harus bijak dalam membuat pilihan.. start dari detik jam loceng berdering tuk kejut bangun subuh lagi kita mesti bijak dalam membuat pilihan. kalau anda bangun terus dari katil insyallah anda telah mengikuti planning asal. da boleh mandi...mengaji.. bersiap2 untuk ke kelas atau ke tempat kerja..contohnya la.. da berjalan lancar tanpa perlu tergopah2..

lagi.. dalam membuat pilihan tempat destinasi.. sebagai contoh 16 september telah di diisytiharkan cuti umum bergaji sempena hari malaysia.. so apa yang rakan2 nak buat?? barangkali ada di antara anda nak gunakan hari cuti itu untuk merealisasikan sesuatu yang sangat mustahak atau mungkin nak gunakan masa yang ada tuk berehat di rumah.. nak keluar ke mall tuk cari barang2 keperluan.. berniaga.. gunakan masa tuk berjumpa rakan2 dan saudara mara atau sebagainya.. pilihan terletak ditangan anda.. gunalah masa yang ada dengan bermanfaat kerana setiap pilihan yang kita lakukan adalah penentu masa depan kita.. kalau rasa masa depan kita boleh cover lagi x per.. tapi macam mana pula masa depan anak2 kita dan keturunan kita.. jadi sekali lagi jadilah hamba Allah yang bijak membuat pilihan dalam hidup.

kita sering lupa bahawa kita sebagai umat islam telah dipermudahkan oleh Allah swt dalam membuat pilihan iaitu dengan membuat solat istikharah 2 rakaat dan membaca doa kepada Allah swt iaitu

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya. jadi buatlah pilihan yang bijak dalam kehidupan ini terutama sekali dalam membuat pilihan yang besar seperti untuk membuat pinjaman, memilih jodoh, membuat pembelian dengan jumlah yang besar, mengikuti mana-mana program yang memerlukan kos yang tinggi atau sebagainya.. bak kata menteri kita yang membuat seruan "kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai rakyat melaysia" kenapa?? kitakan rakyat yang bebas dari cengkaman dan hidup dengan harmoni. jadi bertindaklah dengan pilihan dan gaya yang wajar... sekian...

moga pembaca mendapat manfaat..salam

Sunday, August 21, 2011

Jom Jadi Jutawan Dgn Pelaburan BIJAK!!!

Assalamualaikum wbt rakan2 di luar sana...

Wahh....da lama x berkongsi ilmu dekat blog.. bukannya sibuk sangat skrg tapi ada saja kerjaan yg menghalang nak menaip.. kadang2 tenet kat umah nie slow jugak...tapi bab nak jadi jutawan nie so anis curi gak masa tuk kongsi ilmu dengan rakan2..haaa.....jutawan muda B-)

okeh la.. Jutawan means money?? betol x? hmm.... kalau tanya soklan nie mesti ramai yg kata YA.. tapi x kurang jugak yg akan menyangkal dengan berkata jutawan ilmu laa... jutawan pahala la.. macam2 la.. anis x kata salah tapi benda pertama yang sampai dalam kepala pastinya DUIT!!!

ada orang cakap ada duit tapi xder ilmu lama2 duit jadi habuk jugak.. ada orang cakap ada ilmu tapi x der duit xleh buat apa2...tapi duit n ilmu tue sampai kemana sebenarnya?? hakikatnya bila nyawa dipisahkan oleh jasad then kat situ jelah hentinya..kata nak jadi jutawan..nak jadi jutawan nie kena la bijak tuk menjawab soalan anis nie.. haaa

okehla rakan2 semua.. fokus entry anis kali nie sebenarnya nak bercerita tentang sebuah surau kat kampung anis nie. dulu masa anis kecik2 anis notis jugak surau nie x hidup sangat. tapi alhamdulillah bila da besar surau nie menunjukkan cahaya yang menerangi penduduk kg anis. even namanya surau pon tapi cukup 5 waktu orang sembahyang berjemaah.. alhamdulillah.... syukur sangat2.. ma and abah anis pon x ketinggalan tuk turut serta dalam jemaah.

okeylaa.. suatu pagi masa ustaz bertazkirah selepas solat subuh, ustaz mengakhiri tazkirahnya dengan mengatakan surau ni akan diroboh... tapi,.. akan dibina dengan sebuah masjid yang boleh memuatkan 100 orang jemaah. akan ditukarkan kipas dengan aircond dan sebagainya.. so bila balik hari tu anis tanya la abah anis.. bila nak buat masjid n mana dapat dana? yelaa... bukannya mudah utk dapatkan dana sebegitu untuk membina masjid di kampung anis yg x der la besar mana pon..

abah : dana?? mana ada dana nyer eppy.. ustaz tue yang derma duit 60ribu tuk bina masjid..
eppy(me) : ustaz bagi rm60,000?? banyaknyer sedekah..huhuu... ustaz tu kaya ker abah??
abah : hmmm.. orang bisnes.. x jadi jutawan pon boleh jah nak derma
eppy(me) : abah bagi apa? beli simen sikit pon dah boleh da abah
abah : simen ke... mozek ke.. okey jugak.. pahala masuk x berhenti selagi masjid tu x runtuh..insyallah

[ translate from kelate to BM standard ]


okey... wut de point?? de point is mana la nak cari orang bukan jutawan yang sanggup bagi 60ribu kat masjid? apalah sangat 60ribu kalau nak dibandingkan dgn sekumpulan jemaah yang dapat solat dengan kusyuk...selesa...mengaji... bertadarus alquran dibulan puasa.. kanak2 yg belajar mengaji di situ..sekumpulan manusia yg dapat menimba ilmu disitu apabila sesi tazkirah selepas subuh dan maghrib.. masyaAllah.. hanya Dia yg mampu membalas jasa ustaz tersebut.. bukankah ini yang dikatakan pelaburan yang bijak??

okey,.. mai anis bercerita lagi pegalaman anis semasa dibumi mekah dahulu.. anis nie kirenya pendatang la kan kat tempat orang.. tempat yang baru bagi anis.. orang2 yg x dikenali dan sememangnya sah2 berbeza cara berpakaian dan rupa mereka..masing2 sibuk mengejar pahala sebagai bekal untuk mereka di akhirat nanti.. yelah.. kejar akhirat dapat dunia jugak kan... ruginya rasa bila berada di malaysia.. namun..hanya Dia yg Maha mengetahui yang terbaik buat hamba2Nya..tempat bukan penghalang.. igt tue anis... huhuu.... okey.. kat situ ada orang yang kaya dan ada yang daif sangat.. tapi masing2 hanya ada satu tumpuan iaitu mendekatkan diri kepadaNya... ada yang berselawat dari siang hingga ke malam.. ada yang x berhenti2 solat dan menunaikan ibadah umrah.. ada yang x henti-henti bersedekah.. dan macam2 la lagi.. anis pegi bersama keluarga..dan alhamdulillah perjalanan kami teratur.. segalanya kami cuba lakukan kerana peluang bukannya datang bergolek.. namun.. tempoh masa disana hanyalah 2 minggu.. rasanya masih x cukup bekal yang di bawa untuk ke akhirat... ustaz kat situ kata kepada kami.. x perlulah bersedekah kepada peminta sedekah ditepi jalan kerena mereka bukannya masuk menunaikan solat berjemaah apabila masuk waktunya.. mereka tu kadang2 sindiket tuk kumpul duit... ternyata betul kata2 ustaz... cukup waktu kereta mewah datang utk ambil mereka pulang.. jadi sisa2 wang yg masih ada dinasihati oleh ustaz digunakan untuk membeli al-quran dan diletakkan didalam masjidil haram dan masjid nabawi.. insyallah... selagi al-quran itu masih disitu.. sampai ke kubur pun pahala masih mengalir masuk...

bukan kah itu namanya pelaburan akhirat?? anda sibuk tapi ada orang diluar sana yg bersolat di masjid dan menggunakan al-quran tersebut... lama2 jadi jutawan jugak kan?? wet rm20 ringgit tuk beli al-quran tu boleh jadi berjuta2 huruf al-quran dibaca oleh muslimin tanpa pengetahuan anda... bayangkan.. dapat cash.. x perlu loan.. jadi.. buatlah pelaburan yang bijak.. moga2 hidup kita diberkati dan diredhaiNya... Amin....

wasalam...

Sunday, July 17, 2011

inilah gunanya persaudaraan

Assalamulaikum wbt..

nukilan aku...


saat yang dilalui terasa pedih
geram dan pilu dengan perangainya yang menyakitkan
ahh.. mahu aja aku lari meninggalkan luka
apa-apa pun katamu aku yang degil
melawan tanpa mengira usia
tidakkah kau harus menilai dirimu juga??

hari berganti hari..masa telah berlalu
dan luka sudah pun sembuh
bila masa telah berlalu aku mengimbas kembali
saat-saat aku masih belum dapat berfikir dengan wajar
dan kini aku sudah tahu
pengalaman mengajar aku untuk lebih bersyukur

kerana dia lah aku belajar hidup ditempat orang
kerana dia lah aku menjadi lebih matang
kerana dia lah aku menjadi orang yang berdikari
kerana dia lah aku tahu bertolak ansur
dan kerana dia lah aku rasa disayangi

kerana dia telah di takdirkan untuk membesar bersamaku

kepada pembaca sekalian.. nukilan kali ini anis fikir ramai orang terlepas pandang..
tentang hubungan persaudaraan antara abang dan adik... atau kakak dan adik.

ramai orang yang sibuk memikirkan untuk membalas jasa antara perhubungannya bersama teman lelaki atau teman perempuan..tentang sahabatnya.. perancangan tentang masa depannya.. atau hanya memikirkan utk membalas jasa ibubapanya..

bagaimana pula dengan saudara yang anis kira sangat penting dalam hidup keluarga yang lengkap seperti abang..kakak..dan adik??

kehidupan adik beradik adalah kehidupan yang indah dalam kekeluargaan...
ibu bapa pastinya tidak lekang dan rindu untuk melihat anak2 mereka pulang kerumah,,
barulah terasa lengkap satu keluarga

kalau perempuan.. adik perempuan dan kakak pastinya akan menjadi sangat rapat. boleh jadi apa2 rahsia antara mereka dikongsi bersama. kalau si adik mempunyai sesuatu hasrat pastinya akan di salurkan kepada kakaknya terlebih dahulu sebelum di sampaikan kepada ibu bapa.
kakak pula tidak putus asa untuk membantu ibu bapa dalam menguruskan adik.

abang dan adik lelaki pula bagai 'geng' yang tidak putus2 membuat aktiviti bersama.. ada2 sahaja projek mega yang dilakukannya... masih anis ingat ketika abang2 anis masih remaja.. tepat jam 1 pagi kedengaran kereta diserat bertiga keluar dari pintu pagar.. da lepas pintu pagar barulah enjin kereta dihidupkan.. nakal.. tapi alhamdulillah mereka sudah berjaya bila besar.. ma anis x putus2 berleter.. tp bila mereka sudah hidup berkeluarga pastinya ma anis sangat2 rindukan mereka.. mereka lah pelita yang menerangi dalam keluarga..

rakan-rakan sekalian..

anis ada mengenali seorang rakan perempuan. dia nie dikira anak sulung.. senang2 anis kenalkan dier sebagai kaklong
kami sama2 belajar di matrix dan universiti.. tapi anis mengenalinya rapat ketika di universiti.

okehlah begini ceritanya.. kaklong nie anis fikir die patut dijadikan contoh tauladan untuk kaklong2 kat luar sana. sungguh anis puji setiap kelakuannya terhadap keluarga. kaklong nie ada 5 orang adik.. kira ada 6 adik beradik la kan. masa kat matrix dulu anis kenal dier pon time hari2 akhir anis kat sana. time nak ambik ujian medsi bagi calon lepasan matrix untuk melanjutkan pendidikan di universiti. Abis ajer ujian medsi masing2 sibuk contact parents untuk pulang ke rumah.. kiranya hari tu da ari last la kan..

okeh..kaklong nie kira da jadi roomate baru anis la time tue.. kira x der la kenal sangat. yelah.. masing2 tgh memanfaatkan hari2 last bersama rakan2 yang dirindui. anis pon cepat2 kemas apa2 yang patot kat bilik yg baru pindah itu utk di bawa turun ke bawah.. blok da nak kena kosongkan da. masa tue masih anis ingat tiba2 ada seorang kanak2 perempuan yang anis kira baru 3, 4 tahun datang kat tempat anis. dia asyik perhatikan pakaian2 anis.. jambakan bunga anis.. patung2 hadiah yg anis dapat.. semuanya dier katakan cantek. yelah budak kecik kan.. then ibunya tegur "adik jangan usik barang2 akak" ... kaklong pula yang tengah sibuk kemaskan barang pulak yg menegur adiknya yg manja itu.. anis kira budak nie mmg petah bercakap.. tapi family itu datang satu keluarga.. saling menolong kaklong ini mengemas.. seronok melihat mereka.. ibarat keluarga lengkap tp anis terpaksa turun awal ke cafe time tue sbb ada temu jnji.. tp ketika di cafe pandangan anis tercuri juga melihat keluarga yang berada di parking tadi.. meriah betul mereka ni..

akhirnya anis berjaya meneruskan pelajaran di uthm.. dan dengan izin Allah anis bertemu lagi dgn kaklong nie.. malah kami berpeluang untuk kenal lebih dekat. kaklong nie anis kira seorang yg meletakkan family di tempat pertama dalam hidupnya. die x penah terlepas pandang dalam menghubungi keluarganya di kg.

slalu ajer di mitak bercakap dgn adik2 ketika menghubungi ibu ayahnya.. malah ketika wang ptptn masuk pun.. dier x habiskan wang itu untuknya.. most of them adalah untuk adik adiknya..
die bukanlah datang dari keluarga yang susah. malah ibu dan ayahnya sangat mengambil berat tentang anak2..ke mana mana sahaja yg dier pergi pastinya dier akan membeli barang untuk adik2nya.. kalau anis.. setakat wet 2000 tue tuk 1 sem mmg cukup2 makan jelah jawabnya... tp anis betul2 kagum... kaklong nie sanggup berjimat utk adik2 nya. kata kaklong adik2 mmg akan menceritakan apa2 sahaja hasrat dan rahsia kepada dier.. adik2nya akan meminta tolong darinya dahulu sebelum kepada ibu ayahnya.. malah untuk mendapatkan biasiswa dan kerja pon kaklong ini yang lakukan untuk adik2nya... sungguh anis puji kaklong nie.. semoga Allah membalas jasa kaklong setimpal dengan usaha ikhlasnya..

akhirnya anis mengimbau kembali pengalaman anis sebagai adik bongsu.. orang cakap bongsu nie sikapnya manja.. paling mudah dapat apa2 yg di ingini dan kakak2 dan abang2 pastinya kena mengalah dengan bongsu.. betul x?? anis fikir ada betulnya.. anis mmg paling mudah ditunaikan permintaan.. tapi anis juga x nafikan anis juga yang paling dijaga rapi. yelah bongsukan.. huhuu..



kalau kakak2 dan abang2 kemana2.. paling kurang adik bgsu la yg dapat merasa walaupun sikit. lau dulu anis masih ingat ketika anis masih remaja.. budak baru nak up katakan. asyik merungut bila kemahuan x dituruti.. kakak kat atas anis la yg paling bengang dgn perangai anis.. yg sulung mendamaikan.. yg bawah sulung pula jadi orang tengah.. huhuu... bila anis sedih mereka tetap bersama anis..
kalau dulu ketika kami adik beradik ditimpa musibah kaklong anis la yang akan menjadi ketua dalam membuat keputusan..
"jangan ganggu adik2 aku!! " marah kaklong kepada perompak2 yang telah mengikat kami adik beradik ketika ma abah kami ke mekah suatu ketika dahulu.. terus diketuk kaklong oleh salah seorang perompak itu.. masih teringat kata2 seorang kakak anis...
"maafla 'akak'.. lau bukan dengan eppy akak nak gaduh dengan sapa lagi.. eppy la satu2nya adik yang akak ada.."
bukan mudah nak keluarkan kata2 itu kalau bukan sbb ada musibah.. haha.. tp alhamdulillah... kami tetap keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain..kerana dugaan lah kami menyayangi antara satu sama lain. dan kerana susah senang bersama la kami sentiasa mendoakan satu sama lain walaupun masa sudah berlalu dan kami sudah punyai kehidupan masing2 yang telah ditakdirkan untuk kami berjauhan seketika.. tp bak kata pepatah air yang di cincang x akan putus..

jadi rakan2 sekalian ingatlah kakak2, abangmu dan adik2 mu... merekalah yang memahami kita sebenar2nya selain ibu bapa dan rakan baikmu.. susah senang dilalui bersama.. dari kecil hingga ke besar kalian dibesarkan bersama.. janganlah cepat lupakan jasa mereka..sayangilah mereka..
moga-moga mereka sentiasa selamat dan diredhai Allah SWT... Amiin...

terima kasih rakan2 sbb sudi baca entry anis kali ini..wasalam...

Thursday, July 14, 2011

Sukan...Diet... Nak Jadi Kurus Ker???

Assalamualaikum wbt....

entry kali nie berkisarkan tentang penjagaan badan... apa x nya.. umur anis skrg da masuk 22.. mmg umur yg kerap di nobatkan dengan raja diet..so anis pon nak la bercakap pasal diet..tp mula-mulanya anis nak kata DIET + EXERCISE = BADAN SIHAT, OTAK CERDAS, DIRI TAMPIL BERKEYAKINAN. mmg perkara nie x dapat nak dipisahkan... terimalah hakikat...DIET...DIET...DIET...........jangan jadi cam kucing kat bawah nie yep



situasi 1 : umur 3-9 tahun..

kanak2 kuat makan.. sihat ker??

A : time umur camnie.. makan banyak mana pon xper.. sbb budak2.. mana lah banyak penyakit.

B: tp knp bdk2 x byk penyakit erk??

A: Eyh ko nie... kita kan da berumur.. da macam2 da kite makan.. x cukup udara yg kiter hirup ari2 agi. kompem la byk penyakit..

B: hmm... aku stju.. tp umur cam budak2 nie bagi aku dieorg sihat sbb dieorg kuat main.. berpeluh hari2... yg menengok pon boleh penat.

Situasi 2 : 10-17 thn

sihatkah mereka??

A: umur camnie pulak dieorg kuat berkawad.. kat sklh wajib yeorg bersukan n beruniform..

B: ha'ah... aku igt lagi dulu aku masuk kadet polis.. mmg tiap2 petang aku berkawad.. sronoknya zaman camnie..

A: eyh ko nie.. rindu2 pulak erk.. lau cakap pglmn umur time nie sampai ke malam pon x abis.. yg penting yeorg sihat da alhamdulillah.


Situasi 3 : 18-25

masih bersukan kah mereka??

A: err... no komen... yeorg da jadi penternak lemak da kot

B: Aish.. x baik cakap cam2... ada jer org kurus aku tgk.. ramai apa

A: OPSS!! Sori... tukar2.. pembekal penyakit la...yeorg kan kuat berjalan time nie..

B: hoii... nie lagi la..hadoii... tp betol la 2... kurus ke berisi ker sama jer.. penyakit datang bukan tgk kurus ke berisi.. lau badan x bersenam mmg antibody lemah la... lesu jer.. asid pon x terkeluar..

A: haa... betul kan kan?? yg kurus kena serang..yg berisi lagi mudah..

Situasi 4: 26-seterusnya

Mudah kena penyakit??

A: jangan la tanya cam2... takotnya..

B: aku pon takot.. kan umur camnie da sibuk cari duit.. urus rumah tangga.. mana sempat nak exercise lagi.. diet jelah yg mampu

A: diet pon boleh elak dari diseases jugak.. tp lau silap diet likup la ko...

A & B : Hmmmm......



haaa.... begitulah secara rawaknya kitaran diet n exercise lam kehidupan manusia..
actually D.I.E.T nie maksudnya apa?? perlu ker diet?? camne nak diet?

oklah... meh anis selesaikan persoalan2 nie..

Diet definition adalah food and drink considered in terms of its qualities, composition, and its effects on health.. haa... paham x? maknanya ambil makanan yg seimbang dan boleh menyihatkan tubuh badan.. itulah DIET...Bukannya maksud x makan. Or kononnya x lapar.. kesian tubuh tue.. islam marah taw..betul nie

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
“ Dan janganlah kamu menjatuhkan(mencampakkan) dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”

haa... camtue la.. selain itu.. Ramai yang menganggap makanan dan minuman hanyalah sekadar untuk keperluan jasmani yang memberikan kekuatan disamping bermanfaat untuk menjaga kesihatan badan. Dalam Islam, makanan dan minuman bukan saja berperanan untuk keperluan jasmani. Makanan juga berperanan untuk membentuk rohani seorang Muslim supaya menjadi manusia yang berwibawa. Kita akui bahawa jasmani memerlukan makanan tetapi bukan dengan cara yang berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan badan. sebenarnya...badan memerlukan makanan sekadar untuk kekuatan fizikal dan mental. Lantaran itu RasullahS.A.W mengajar umat manusia cara untuk memenuhi keperluan fizikal bukan menurut nafsu dan berlebih-lebihan.

Di dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud:

Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan bila terasa lapar
dan bila kami makan tidak pernah sampai kenyang.

Dalam usaha untuk mengisi keperluan jasmani ini, kita juga perlu pastikan setiap makanan itu halal pada zatnya atau cara memperolehinya.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai manusia,makanlah apa yang ada di bumi,yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang dan nyata.

Sebenarnya makanan yang tidak baik,lebih-lebih lagi yang diharamkan merosakan diri manusia.Sedikit makanan yang halal sama ada halal pada zatnya atau halal pada cara memperolehinya adalah lebih diberkati daripada makanan dan minuman yang bertibun-timbun tetapi haram.

So, terang-teranglah ia merupakan satu rahmat kan kepada manusia apabila allah tidak menegah mereka memakan yang mendatangkaan manfaat dan kebaiakn untuk manusia itu sendiri, serta menegah daripada makan atau minum sesuatu yang mendatangkan mudarat dan keburukan sama ada untuk diri sendiri,keluarga atau masyarakat.


jadi... kat sini anis nak kongsi sikit tips utk DIET n Bersenam.. selamat beramal..


utk senaman menjadi fun n effective

1) Berhenti memberikan macam2 alasan : yelah... nanti2 la.. besok jelah.. mingg depan.. penat la arinie.. postpone ari len erk.. ngantok...

2) Fleksibel.. maknanya.. xperlulah lau arinie dapat bersenam abis sume jenis senaman kiter pulun.. balik2 badan da sakit. taubat x nak buat lagi. abis!! so,.. bahagi2kan laa. tiap2 ari jog la lam 1km. pastu wat len2 exercise secara gilir2.

3) Curi masa. means lau busy sangat2 dapat exercise 20 mnt pon cukup. something is always better than nothing. betol x??

4) jadikan rutin. ari2 kite mandikan? haa.. buat cam2. lau x bersenam lam seminggu gelisah satu badan.

5) set goal anda. lau anis nak turun 1 kg la kononnya.. xpon nak kecikkan lagi level tali pinggang.. or baju nie aku mesti padan tuk pakai time dinner weekend nie.. haa... baru semangat

6) gabungkan aktiviti. contohnya kan.. ikutkan rutin jog pagi. petang jalan2 dgn member.. apa kata pagi tue jog sambil jumpa member2 terus..ajak yeorg jog skali. kompem bising 1 padang

7) jangan obses. nnti otot anda sakit2.. lama2 cepat muak.. haa camner??

8) beri hadiah pada diri sendiri. cthnya cari kasut jog baru.. kan da semangat

9) cari teman. lau exercise sorang nie cepat bosan. so cari la member..

10) have fun!! bosan exercise tukar pada menari ker.. earobik ker.. fighting2 nie pon best jugak cam taekwondo n silat.. haa.. lagi syok!!

okeh.. gitu la... cara nak diet lak rasanya da boleh paham da dari definisi diet kan.. ikut ajer piramid makanan k.. jangan berlebih n berkurang.. jangan makan makanan yg boleh mendatangkan penyakit n paling penting sekali jangan tinggal waktu makan..

okeh sini ajer... salam... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fikirlah Segenap