Thursday, September 24, 2009
Kisah Namrud hancur kerana Nyamuk
Khalifah Umar dan isterinya
Rasulullah dan Penuntut Hutang
Cinta Kepada Allah
Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.
"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,
"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."
Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.
Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"
"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)
Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"
Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya."
Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."
Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.
Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:
1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.
Senarai Artikel yang ada
Sukan...Diet...Nak Jadi Kurus Ker???
Rindunya Nak Balik Rumah
Thanks Mom..I LOVE U
Because Human Beings Are Born Weak
Ya Allah Telah Kau Jadikan Aku Begitu Sempurna
Moga Penantian Ini DiredhaiNya
Mencuba yang baru
Meow2 oh meow2
Lagu Sebagai Penghibur Hati
Buat Sang Pencinta
Tatapan Buat Si Gadis
Wanita Satu Anugerah
Bala Menimpa Manusia
Kenapa Perlu Dengki??
Aduhai Wanita Islam
Berbuat baik kerana Tuhan faedahnya kepada manusia
Buatmu Sahabat
Khutbah terakhir nabi Muhammad S.A.W
Kemuliaan kepada ummat Rasulullah
Dihari Lebaran
Tujuh ayat cinta
Rumahku Syurgaku
4 Elemen Kebahagiaan
Kewajipan Wanita Islam
Tuesday, September 22, 2009
Kemuliaan kpd Ummat Rasulullah
Sunday, September 20, 2009
Di Hari Lebaran
sehari sebelum raya (19hb sept 09)
jam tiga pagi abahku mengejutku bangun dari tidur. dimintanya bersiap untuk pulang ke kampung kerana berita nenekku terkena penyakit stroke. nenek sebelah abahku sememangnya sudah pernah terkena akan penyakit itu. aku yang sememangnya susah untuk bangun dari tidur cuba membuka mata luas-luas. "innalillah" ujarku memberi respon tanda khuatir akan musibah yang melanda. hp abahku berbunyi lantas dilayaninya. aku yang sememangnya mengantuk berniat untuk bangun tapi tertidur lagi di atas sofa. jam 5 pagi abah mengejutku lagi dengan sabar. alhamdulillah aku da stabil sedikit ketika itu. ku lihat akan kegelisahan dari raut wajah abahku. lantas aku bangun untuk menyiapkan diri. "xpolah, ti pas subuh kito tolok deh adik. abah maye dulu lah. uda pon dop bangun2 agi" abahku senyum padaku.
jam 10.30 pagi aku,abah dan k.uda sampai di hospital besar zainab, kelantan. melihat nenekku sedang terbaring lemah di atas katil wad mahsuri. dengan kaki sebelahnya sudah tidak dapat bergerak , kulitnya ada kesan lebam kerana masalah darah dan statusnya koma. menurut doktor nenekku tidak perlu menjalani pembedahan kesan daripada pendarahan di dalam otak kerana sudah di tahap kritikal. abah mencium nenekku dan mengusap tangan nenekku sambil menangis. Ya Allah, melihat ibubapa ku menangis adalah mengundang seribu kesayuan dalam sanubariku.
Al Qawi..kuatkanlah semangat abahku dan nenekku untuk terus menghadapinya
As Sabur..berikanlah kesabaran di hati ayahku
Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah
Amiin..
Thursday, September 17, 2009
Tujuh ayat cinta
Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Rumahku Syurgaku
Hadis :
Huraian :
1. Rumahku Syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar dan boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta perlaksanaan ibadah yang membawa kepada ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. Akidah serta hubungan yang baik antara anggota keluarga akan membawa kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.
2. Ada beberapa tempat jika kita melakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang yang lebih besar berbanding dengan melakukan ibadah di tempat lain.
contohnya solat di Masjidil Haram berumpamaan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi pula setara dengan solat seribu kali di tempat lain. Manakala solat di Masjid Al-Aqsa setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid ialah solat wajib. Manakala, solat sunat di lakukan di rumah.
3. Waktu dirumah harus dilakukan dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabungan isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka kuatlah sesebuah masyarakat itu.
4 Elemen Kebahagiaan
Huraian:
ii ) Rumah yang luas : dapat memberi keselesaan untuk bermesraan dengan keluarga dan anak-anak disamping dapat menenangkan fikiran dengan tenang
iii ) Jiran yang baik : Jiran merupakan orang yang paling rapat selain sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakatan yang sayang menyayangi serta mengambil berat.
iv ) Kenderaan yang selesa : Kenderaan dapat memudahkan perjalanan dan kenderaan itulah yang akan membawa kita ketempat-tempat yang baik.
4 Kunci Kebahagiaan
Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban Huraian : i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu: a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna. b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang. c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan. ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza. |
Tuesday, September 15, 2009
Menangani Marah
Sebab itu Nabi berpesan, jika marah, duduk.. kerana apa? kerana semasa marah, darah byk pergi ke otot2 yg besar untuk "fight or flight" situasi sama seperti pemikiran reflect haiwan, jadi manusia yg selalu didlm keadaan marah lama kelamaan PFC nya akan lemah kerana selalu kekurangan darah dan kesan jangka panjang akan membuat dirinya hilang kredibiliti sebagai manusia.. Stress juga adalah penyebab utama lemahnya PFC, manusia yg selalu stress juga lama kelamaan lebih cenderung bertindak tanpa berfikir yg membawa penyesalan di kemudian hari.
Segala yg hebat tentang manusia adalah PFCnya, kerana tanpa PFC, kita umpama haiwan yg samada tiada PFC ataupun kecil PFCnya..
Untuk menangani marah, anggaplah musibah/situasi yg datang adalah dr kesan dr tindak tanduk, tingkah laku dan pemikiran kita di masa2 lepas, mungkin kita pernah membuat org marah jadi sebelum kita menerima balasan di akhirat, kita sudah terima hukumannya didunia, mana yg lebih baik, balasan didunia atau di akhirat? Jika kita lawan marah dgn marah, ia akan menjadi proses yg berulang2, Api tidak boelh dilawan dgn api, api harus dilawan dgn air, war cannot be fight with war, war have to be fight with peace.
Mungkin ada yg berkata, itu mustahil, mana pernah aku buat org macam ni, tanya balik diri sendiri, dr mula kita akil baligh dosa tanggung sendiri adakah kita catit apa salah silap kita dgn org lain? Kita tidak tetapi malaikat mencatit... so for every action there is equal and in opposite reaction.. so sebelum menuding jari kearah org lain, periksa diri sendiri dulu.
Agung dan hebatnya Allah membuat manusia menuding jari telunjuk dan jari ibu kearah orang lain, dua jari, sedar atau tidak 3 jari masih mengarah kepada diri kita sendiri... so 2 salah org, 3 salah kita, tetap kita yg bersalah...
Jika kita sedar akan keadaan ini, mulai dr saat ini kita akan lebih berhati2 dgn tingkah laku, sikap dan pemikiran kita sesama manusia di masa2 akan datang.. Hidup murahkanlah dgn senyuman dan rajin, ikhlas dan khusyuk lah didlm solat, solat itu mengaktifkan otak dan khusyuk itu membaiki PFC.. solat itu menandakan kita taat kepada Allah sebagai hambanya, tetapi sedarlah, tiada yg Allah jadikan tanpa sebab, solat itu menjaga minda agar kita lebih kekal sebagai manusia... bukan sebagai 'haiwan"...